Monday 30 December 2013

Penghujung 2013 . . . Apa Yang Berubah dan Apa Yang masih Di Takuk Lama ?

 We wish you a merry christmas, we wish you a merry chrismast, we wish you a merry christmast and the Happy New Year ! Maap le.. rasa wish new year tu tak lengkap kalau takde Merry Christmas kat depan tu. Hehehe ~ Pejam celik pejam celik dah nak habis dah tahun 2013 ni. Rasa macam baru semalam je masuk daftar MSU nih.


   Post kali ni nak cerita pasal achievement yang dibuat sepanjang tahun 2013 ni. Emmm...let see. * selak diary of a whimpy kid. Nothing much then. Tapi bagi aku laa... pencapaian aku banyak sangat untuk tahun ni. Antaranya laaa, I've explored many things in my life. And the biggest things is LOVE. I got my first love this year and its come to an end in this year too. To me its still hurt until now and please call me Miss Moving On ooo ooo ooo ! Hahaha. Its pathetic right ? But to me, I'm grateful cause Allah give me the chance for a little while before He take it back. And He, until now do care of me with doesn't give me any chances to feel the sweetness and the pain of something that called as LOVE. ( DIA nak jaga teman, Dia tak nak bagi teman buat maksiat lettew. Teman pegang janji DIA hokayy ) Kawan aku pun banyak yang cakap, '' Takpa Tia, makin lama kau tunggu makin baik seseorang lelaki itu. ''. TAPI  aku pegang satu benda je.. aku tengok sesetengah kawan aku ni tak lawa tapi laki dia handsome seyhhh. So conclusion nyaaa, aku tak lawa kan ? So laki aku mesti handsome punya ! Bhahaha !  *Muntah rainbow

   And then, aku pun jumpa ramai kawan. As expected, kawan datang dan pergi. Ada yang terus meninggalkan di pertengahan jalan, ada yang masih sudi menegur, dan ada yang masih boleh menerima baik buruk seseorang itu. Tapi... apa de hal.. lek sudah !! Emmm.. apa lagi yang berubah hek ? Okay... pointer Semestar 1 steady je. Semester 2 dah start jatuh. Sebab apa kenapa mengapa ? Sebab lalai dengan keseronokan dunia ! Semester 3 bangkit balik dari kejatuhan kerjaya mahupun percintaan. *eh haha  Dan akhirnya pointer jadi stabil. Tinggai nak dapat Dean List  je. Untuk siapa ? Untuk MAMA ! ( Sebab apa ? Sebab dia yang tanggung aku kat sini.)

   Okay laaa... Yang atas tu semua yang berubah. YANG TAK BERUBAH pulak kita nak cakap. Yang tak berubah perangai aku yang suka minta duit kat Mama. Ada je yang tak cukup ! Ada je yang rosak ! Aku tak faham laaa. Tuhan macam nak bagi aku ngan Mama susah je ! Kenapa ??!! Kenapa ??!!! TAPI Mama selalu pesan, itu rahsia Tuhan. Jangan persoalkan. Mungkin Tuhan nak bagi kita susah sekarang sebab dia akan bagi kemanisan kelak. Haaa.. kita tak tahu Tuhan rancang apa untuk kita. Takpe.. Biar Mama susah sebab menanggung kamu. Jangan kamu susah kat sana. Itu je. Apa lagi yang tak berubah ? Hmmm should I say I'm still a typical Malay girls from Kampung ? Maybe aku hanyut dalam arus kemodenan tapi pemikiran aku hanya terbuka sedikit sahaja berbanding dulu. Tapi bab cinta ni memang banyak mengajar dan mengubah pandangan aku terhadap cinta dan kaum Adam ni. But sorry to say laa... prinsip aku still ada dan takkan berubah sama sekali !

     Apa2 pun... Beta selaku Puteri Kampung mengucapkan Selamat Tahun Baru semua ! Kurangkan bercakap banyakkan bertindak. Berdiri atas kaki sendiri dan kalau jatuh bangun la sendiri !








Monday 23 December 2013

Jatuh Bangun Seorang Manusia Bergelar Mama

Post kali ni nak mengenang jasa seorang ibu. Kali ni teman nak ceghita pasal Mama teman. ( Aikk.. takkan nak cerita pasal Ibu kene tunggu Hari Ibu. Bagi saya, hari-hari Hari Ibu )


   Mama saya namanya Kalsom. Tapi orang kat kampung panggil dia Umi. Jauh kann beza. Haha. Mama baik orangnya. (Takde anak nak cakap Mama dia jahat hokayy ) Tapi betul laa. Mama baik. Selalu tolong orang. Orang kampung kenal Mama. Orang kampung tahu Mama cikgu. (senang cakap sebenarnya satu kampung tu sedara kitaorg. sepupu sepapat semua ada ) So kami adik-beradik ni pun baik gak. Sebab Mama pernah pesan " Kalau keluar, behave yourself. Kene ingat. Mama ni Cikgu. " Haihhhh. Tu je. Tapi bila keluar kampung... haaa keluar setan kau Tia ! Hahahaa.. takde laaa. Gurau K ! MAMA ni dalam tegas2 dia, hati dia lembut sebenarnya. Okay laa.. aku bagi contoh. Aku ni manja sebenarnya. Aku jenis yang suka hentak kaki ugut Mama kalau nak apa2. Mula2 tu dia tak layan. Dia akan marah. Ayah pun kalau dah tak boleh tahan, dia kejar aku keliling rumah ! Tapi.. Mama dia tak kejar keliling rumah. Dia diam. Kalau dia marah2 aku balik pun .. Last2 dia akan belikan jugak. (Aku pun tak tahu mcm mana aku boleh jadi mcm tu ). Mak mana tak sayang anak. Ayah aku jangan cakap laaa... Semalam laptop aku screen pecah. Nak pakai duit  RM250 hoiiii ! Call ayah. " Ayah sihat ? '' Dia balas... '' AYAH TAKDE DUIT YE. '' (Dia dah faham la tu. hmmm ) Tapi memang aku kat sini fully Mama tanggung pun. Ayah tanggung Ain ngan Adam.


    TAPI ada satu yang aku dulu aku tak pernah tahu dan tak pernah sedar. Aku baru sedar bila aku dah menginjak dewasa. ( Aku ni memang lambat pick-up sikit. Al-maklumlaaa. Slow Learner. ) Mama tak pernah tak penuhi apa yang kitaorang nak. Dulu aku tak sedar dia takde duit. Yang aku cuma tahu, kalau kerja tu memang ada duit. Gaji Mama dulu habis kat bayar ansuran kereta je. Tapi Mama tak pernah cakap duit dia habis. Semata-mata nak penuhi kerenah aku adik-beradik, Mama pernah puasa dalam sebulan dua tu. Itu yang aku baru sedar pengorbanan Mama sekarang. Aku ingat lagi macam mana Mama sanggup bagi duit makan dia untuk seminggu bagi kat aku suapaya aku dapat pergi lawatan sekolah ke Times Square masa Darjah 6 lepas UPSR. (Tapi duk Shah Alam ni aku dah penat gi Times Square tu. Dah jemu =='') Hidup Mama penuh dengan nasihat. Banyak kata2 Mama yang aku pegang sampai sekarang. Contoh aaaa... " Bila kita tengah susah, ingat. Ada yang lagi susah dari kita. ''  emmm...    " Kalau nampak orang lain tengah susah, tolong lah dia. Walaupun kita tengah susah jugak. Ingat orang lain akan tolong kita juga satu hari nanti. ''  lagi satu.     '' Ingat. Susah mana hidup kita kat dunia ni. Jangan pernah terdetik untuk berhutang duit mahupun budi. Perit nak membayarnya balik. ''  Itulah kata-kata Mama yang aku pegang sampai sekarang. Dan satu lagi, Ini bukan Mama cakap hokayyy. Ni kata-kata aku sendiri.  "YANG MENANGGUNG KAU BUKAN KAWAN. TAPI MAMA. SO YANG PATUT KAU SEDAPKAN HATI BUKAN KAWAN TAPI MAMA ! ''


  Mama dah banyak berkorban untuk kita. Dari saat kita lahir sampai kita dah besar panjang macam sekarang ni. Kita nak apa pun dia bagi. Kita demand apa pun dia sediakan. Kita nak makan apa dia masak. Kita nak pakai baju yang mahal2 dia sanggup berlapar simpan duit beli baju tu. Kita nak bawak awek kita makan sedap dia bagi duit sanggup makan ikan masin je kat rumah tu. Kita nak kawin pun nanti ntah2 Mak kita volunteer nak jahitkan baju kawin kita ! TAPI. . .  Pernah tak terdetik kat hati kita . . . Mama buat semua tu supaya anak dia senang hidup nanti. Tapi fikir tak kesusahan dia perlu tanggung, masa yang perlu dia korbankan, tenaga yang dia kerahkan untuk kita. Hanya untuk kita. Balik laa anak-anak. Cium tangan Mak. Masuk bilik pastu mandi. Off phone. Mohon clash kejap. Duduk depan TV dengan Mama, ambil tangan Mama urut dengan penuh kasih sayang. Tanya Mama pasal benda yang boleh buat dia tersenyum. Buat lawak kat Mama. Bagi Mama gelak besar sampai menangis. Biarlah air mata dia tumpah. . . Asalkan ianya air mata kebahagiaan . . . XOXO














Sunday 15 December 2013

Bulat Itu Bahagia . . . Atau Sengsara ?

AMARAN !  Post kali ni tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang dah selamat di bawah tanah ye. Hanya coretan semata2.


    Bulat. Banyak benda bulat kat dalam dunia ni. Malah Bumi pun bentuknya bulat. Awak yang baca ni pun saya tengok bulat2 semuanya. Harharhar ~ Lama tak blogging. Mmmmmmm rindu. Maap le. Ate teman sibuk menguruskan hal2 negara. Tuan puteri ni nak menjaga rakyat jelata lagi. Haihh penat. Takde kerjanya tuan puteri ni penat layan anak ngan laki sebab dua2 tu memang takde. Jangankan anak. . . Boyfriend pun takde lagi. hmm nak masuk tahun baru dah ni. Still takde boyfriend. Tak mengapa laaaa. Tuhan jaga kita sebab dia nak bagi yg Gred AAA kat kita. Ye dakk. hikss ~ (suka plak dia ni --') Okay sambung balik ! Kita bukan nak cakap bulat2 yang sembarangan. Kita nak cakap pasal badan yang bulat ! Semenjak dua menjak ni teman tengok kawan2 teman kemain menaik sejak bukak Sem baru ni. Semua benda lah naik, pointer naik, seri naik, badan pun naik. Elehhh ! Aku pun apa kurangnya... makin naik jugak. Biasalah... semua tengah happy kann. Bila kita happy kita asyik makan je. Tak ingat dunia. Semua benda jadi sedap bila kita tengah bahagia. Happy je. Happy face happy tummy. Weeee ~~~~ Aku bulat bukan sebab aku bahagia, tapi sebab aku tak tau nak buat apa. Aktiviti sem ni nak seaktif dulu pun tak boleh. Ada sebab2 tertentu la terpaksa dirahsiakan kenapa mengapa. hmm :( Aku kalau dah takde kerja sangat aku makan je. Memang duit yang Mama bagi tiap2 minggu tu duit makan. (Duit shopping, buku mahupun benda lain diberi berasingan) Memang sem ni semua orang bahagia. Bahagia sangat2. Aku cuma boleh menumpang je kebahagiaan deme ni semua. :D


      TAPI, bulat, bulat jugak janji jangan terlebih bulat pulak. Dulu aku lagi bulat dari sekarang ni. Sampai kene hina cerca lah ssebab aku buat satu kesalahan ni iaitu aku gemuk ! Tu je. Tapi kalau dah berisi sangat pun tak cantik jugak. Baju kene beli baru sebab yang lama dah tak muat. Tidakkah itu satu pembaziran ? (Ayat skema je ) Mama pun sebenarnya marah aku makin gemuk. Ayat paling menusuk keluar dari mulut Mama '' Macam mana ni ! Dah gemuk dah. Lepas ni dah takde laki nak engko dah. Habis la kau. Kene hina balik. Kene panggil gemuk balik ! '' Ayat tu terkesan sangat.. tapi kejap je. Hikhok ~ Memang betul pun kalau gemuk ni tak cantik. Melainkan kalau lelaki memang suka dia sebab dia gemuk. Tapi sekarang aku dah start joging balik. Tapi bukan sebab nak kurus, tapi sebab tak selesa kalau tak keluar peluh. Wiwiwiwiwi... ececehhh. Ayat cover line je tu. wakak ! Tapi okay what kalau dah berisi tu. Takde la melayang kalau kene tiup dek angin. Takde la rasa macam bila berdiri tu rasa macam terapung je. Yelaaa.. ringan sangat kan ~ Tapi sesetengah orang rasa sengsara bila gemuk ni sebab risiko dia banyak. Contoh aaa... kene ejek, kena hina, kene panggil Demok la.. Selain dari tu, risiko penyakit laa, dislocation lutut tu bagai laa. Macam2 nokk risiko dia. Nak gemuk boleh tapi jangan gemuk sangat, Nak kurus boleh tapi jangan Anorexia Nervosa sangat ! Jangan amalkan tabiat Bulimia Nervosa jugak ye anak-anak !





Monday 2 December 2013

Kenapa Mengapa Dan Bagaimana Kita Down ???

 Kali ni Beta puteri kampung ni nak cerita something pasal hati ke hati. Sebab masa cerita ni ditulis Beta down sangat2. Ntah kenapa. SANGAT DOWN ! Cuma nak berkongsi cerita dan perasaan. Lain la kalau ada yang fikir Beta kaitkan kome dalam citer ni. Ini belog saya. Jadi semua cerita HANYA PASAL SAYA ! bak kata Ira.. KK GURLSS ~

   Ntah kenapa mengapa aku down sangat malam ni. Sumpah tak tau ! Nak kata aku ada gembira huhahuha tak jugak. Aku kerja part-time weekend ni. Penat tu lagi banyak dari bergembira. Haaa... Kerja apa ? Eh eh ada aaaahh ! Mana boleh bagitau. Tapi kerja bukan sebab hidup susah kat MSU ni. Tapi sebab suka2. Aku bosan duk kene tinggal dengan housemates je sorang2 kat rumah. So kerja la kejap. Ni kalau Mama Ayah tau ni kene kejar aku keliling MSU ni. "Suruh focus kat study dok sibuk nak kerja watpa. Hang call je la kalau takda duit ! Nanti Mama bank-in. " Tapi kalau dah sebagai anak takkan nak beban mak ayah. Betuii dakk ?  Saja-saja je nak kerja. Boring sebenarnya hidup aku ni. Asal weekend je jadi forever alone. No happiness that day. Haihhh ~~ Back to story babeh ! Kalau ikutkan sebenarnya aku ni takde la sampai takde masalah langsung. Tapi sejak kebelakangan ni pun aku lebih banyak down dari happy. Sampai Mira pun cakap aku ni down je time buat assignment counseling lab tu. 

     Kalau ikut yang aku analisa diri aku ni sendiri( cewahhhh ! Counselor gitu. Examine diri sendiri ! ) , aku ni sebenarnya ada masalah hati. (oup oup ! bukan secara fizikal, tapi secara mental ) SEBENARNYA hati aku ni sunyi. Hati ni dah lama tak diusik. Hanya sekali diusik tapi . . . (faham-faham je laaa --' ) Bila tengok sahabat yang lain OTP (on the phone ) dengan buah hati. Aku di situ. . . sendiri. Hanya mampu melihat mereka bahagia. Aku pun nak jugak. Walaupun aku tahu mereka kadangkala derita akibat cinta. Tapi mereka bertuah kerana dapat merasanya. Aku hanya menunggu dan menunggu dan menunggu ketibaan prince charming aku yang tak kunjung tiba tu.Haii bang . .  jalan jammed ke ? Lambat sangat ni. Penat saya tunggu =='' Harharhar (LAWAK HAMBAR)  Aku teringin sangat nak rasa macam diaorg. Bahagia je.. senyum sepamjang malam. Tidur pun sedap. Aku cuma mampu melihat je dan tumpang gembira. Tapi aku dah penat menumpang. Aku nak jugak bahagia sendiri. Diorang ada cakap, tunggu je la.'Nanti sampai waktu kau jugak ! '' Lama nokk tunggu. Tapi kene sedar jugak.. aku ni tak cantik, gemuk hodoh tu semua aku laa. So kene sedar diri tahap kau kat mana Tia oiii ! Tapi selagi aku mampu tunggu aku akan sabar menunggu. .. XOXO


p/s : Malam ni layan lagu cinta. Actually tak sedar semua tu pasai cinta. Layan perasaan sajaaa. And plus (cuma nak cakap je) Si Iphone dah ada girlfriend. So saya agak sedih kat situ. Sebab saya suka dia. Tapi takpe. Bukan jodoh kita. Kene cari yang selayaknya dengan kita. - Nokia 3310




Friday 22 November 2013

Cabaran Seorang Pelajar Kaunseling . . . *Kau Apa Tahu

Masa menaip ; 1:36 A.M.

  Itulah masa yang yang dianggap oleh pelajar biasa macam aku yang dipanggil MALAM MASIH MUDA. Aku pun tak tahu la kenapa aku jadi macam ni sejak duduk kat Shah Alam ni. Selalu balik lambat sampai lewat malam laaa, selalu keluar shopping laaa, keluar jalan-jalan laaa, tidur lambat la bagai nye nye punn. Dulu kat kampung aku jarang keluar rumah selepas pukul 6 petang. Ye laaa. Kalau dah Ayah kau tu pentingkan punctuality mana taknya. "Ayah tak kisah kalau kau nak keluar. Tapi SHARP pukul 6 kene ada kat rumah. Kalau tak Ayah mangga pagar. Kau tidur la kat luar tu. (Ouhh, pasti anda ingat Ayahannda Beta tentera kan? Sebenarnya tak.. dia saja nak bagi anak dia disiplin sikit ~ ) Tapi bila berjauhan dengan Ayahanda Bonda ni takde yang nak melarang membebel bagai. Rindu pulak ngan Ayah ngan Mama titeww ~

  Back to the topic babeh ! Cabaran sebagai seorang pelajar ni sebenarnya amat laaaaaaa BERAT. Belum start belajar dah kene fikir hutang. Hutang apalagi kalau bukan hutang MARA, PTPTN bagai tu. Lagi bagus orang dulu-dulu. Jual tanah kalau nak belajar. Biaq derita sekarang tapi senang kemudian. Ye dakk. Muda2 seusia 18 tahun dan berhutang. Haduiiii ! Tak habis fikir hutang, kene fikir pelajaran pulak. Kene fikir pasal assignment laaa bagai. Aku ni yang ambik Diploma in Counseling and Guidance lagi la seksa !! Baru2 ni aku kene buat satu assignment Counseling Lab 1 dimana kene cari 5 orang client untuk share masalah diaorg. Kau faham tak... 5 ORANG CLIENT YANG SUDI SHARE MASALAH DIAORG ! Mana nak cari hoiii ! Ditambah lagi kene buat video. Lagi orang tak nak. Malu kalau orang tahu masalah dia. Deme ni sebenarnya tak tahu yang bila kita buat video tu sebagai bukti untuk assignment tu. Dan ianya PRIVATE AND CONFIDENTIAL ! Takde maknanya nak tunjuk aib orang kat orang lain. Tapi orang still tak faham dan tak mahu faham. Tu susah bila kau amik Counseling ni. Orang takut nak buat jahat dengan kita. Takut kene kaunseling. Haihhh. Payah hidup dikk kalau takde keberanian ni.

  Tapi itulah, bila kau jadi counselor kau asyik dengar masalah orang. Masalah kau takde yang sudi nak dengar. Nanti kalau kita share masalah pun deme akan balas, 'Eh kau kan counselor. Takkan tak boleh selesaikan masalah sendiri.' Wai seyhh luuuuuu ! Cakap senang. Cuba duduk kat kasut aku ni. Rasa sendiri baru tahu deritanya. Ni baru jadi pelajar dikk. Belum jadi counselor betul2 lagi ! Sebenarnya, career counseling ni adalah charity job. Tak ambik untung pun. Banyak nak menolong orang je pun. Tapi itulah hakikatnya . . .  XOXO



Sunday 17 November 2013

Is It New Sem New Life . . . Atau Sekadar Kata Kata ?

Ouh rakyat-rakyat Beta sekalian !!! Ampunkan beta yang dah terlupa akan kewujudan anda dan blog ini. Al maklum laa... Nokia 3310 dah tukar kepada yang lebih canggih. Dah lama beta tak jenguk ke dalam blog yang serba warna-warni kehidupan ni. Yela Beta terlalu leka dengan handphone baru. Nak install blog ni tak boleh. Terlalu berat dan keypad nya pulak tiny tiny belaka. Haihhhhhhh


    Moh le kita bercerita sikit tentang tajuk kita. Kali ni aku dah habis cuti sem. Walaupun tak sampai sebulan cuti tapi masih dalam mood cuti ni sebenarnya. Hewhewhew...  Bila dah naik cuti ni masing-masing dah start sibuk dah... Mula2 tu semua dok sibuk beratur panjang nak register ni bagai. Boleh dikatakan jammed satu Account Department. Tapi aku kali ni dah settle awal siap-siap. Serik dah nak beratur panjang macam Sem-sem lepas. AND plusss.. Dengan ini saya mengumumkan bahawa saya dan masuk SEMESTAR 4 !!! Alhamdulillah jugak. Aku punya result Sem lepas sangat sangat memberangsangkan. Pointer semakin naik. So no no grounded anymore babeh !! Tapi macam biasa laaaaa...... Single as usual. No boyfriend until now ! Apa ni Tia ! Ex kau pun dah ada awek ! Kau still kat la tu gakk !! Go get someone Tia !!! Hahahaha. Itu la yang kawan2 aku dok melalak kat telinga aku ni. Ya alamak ! Single lagi la takde masalah macam kau ! Asyik gaduh ngan BF pastu nangis nangis cari lengan aku yang gemuk ni gak ! Hahahaha.

   Okay. Bila cakap new sem ni mesti semua orang yang bermasalah akan cakap new sem new life. Tapi bila kau balik dari cuti sem masalah kau bukannya hilang pun. Makin bertambah adalah. Tapi setiap Sem ni.. Ikut experience aku laaaaaaaaaa. . . Kau hilang kawan kau jumpa kawan baru, kau hilang awek dapat awek baru. Ehh. Hahahaha. Itu idokk le kalau kita setia-metia dengan dia. Trust each other that is the important one. Tapi kalau kawan ni pun sama. Trust no one. Trust your mom je cukup. New sem aku ni tak boleh dikatakan sekadar kata-kata kerana setiap sem aku dipenuhi dengan pelbagai pengalaman yang baru-baru dan segar-segar belaka. Ehh. Kau ingat ni pasar ikan ye. Baru dan segar bagai. -__-'' New sem is not new life jugak sebenarnya. Masalah yang lama jugak datang mengejar kita tanpa atau kita dah sedari. Plusss kita kena menghadap buku jugak. Beli buku la, print notes bagai. Project paper lagi. Aduhhhh ! Naik balik blood pressure aku ! Apa-apa pun all the best and good luck untuk semua dalam menghadapi Sem baru. Yang penting pointer jangan turun. Tingkatkan pointer sendiri, kurangkan bercakap tentang buah hati dan berdiri di atas usaha sendiri. . .  XOXO






Wednesday 23 October 2013

Peneman Tidur Teddy Bear, Barbie . . . Atau Ipad ?

Bila blogging malam2 macam ni baru la sedap sikit. Takde yang ngacaunya...ye dakk ! Sekarang ni tuan puteri cuti sem lagi. Tapi 2 minggu dari sekarang, dah nak balik emesyu unggul nama mu itu. Haihhh. Tak habis lagi feeling holiday tu dah kena balik sana dah. Hauuuu T~T

   Post kali ni nak cerita tentang teman tidur kita masa kecil dulu. Kecik2 dulu.. Kalau imbas kembali, kita time tu mesti tido dengan Mak Ayah lagi kan. Maklum la..takut nak tido sorang2. Aku pun macam tu jugak. Sampai Darjah 6 still tidur tengah2 between Mama ngan Ayah. Well anak manja la katakan. The most lovely princess among others ~ Kalau ada yang tido sorang tu memang tabik springgg la ! Kecil2 dah berani dah tido sorang. Dulu aku tak boleh tido sorang. Takut. Dulu ada abang sedara selalu takutkan. Cakap.." haaa...ada MOMOK ! Tak tau..nanti dia kejar baru tau ! '' Lepas tu.. lama2 aku dah berani tido sorang. Hanya bertemankan bantal. Aku tak macam budak2 lain. Dia orang semua ada kawan tido. Sape lagi kalau bukan Mr. Teddy Bear... Miss Barbie... kalau lelaki confirm Mr. Ultraman. Tak pun Power Rangers atau Gundam tu semua. Masa kecik2 dulu aku ngan Kakak kurang teddy bear ni bagai. Sebab kitaorang memang ganas ! So kawan peluk aku ngan Kakak cumalah sebiji bantal. Aku tak pernah ada anak patung tu semua. JARANG ADA. Sebab aku jenis yang ganas. Masa main aku banyak di luar berbanding di dalam rumah. Dulu permainan aku hanyalah parit, tanah dan pasir, tangkap berudu. Panjat pokok , main hujan tu semua hobi aku. Kalau main masak2..tak pakai kuali cik adik. Pakai api betul. Masak pasir basah atas zink ! KAU ADA ???

   Tapi itu cerita 90-an punya budak. Yang budak2 zaman Millenium ni... nak jadi apa ?! Teddy Bear, Barbie ke Ultraman ke memang tak cukup ! Dah berbakul-bakul permainan kat rumah pun still... minta yang lain ! Kemain budak2 sekarang. Mak Ayah pun ikut je apa anak nak. Kalau tak ikut nanti mengamuk si Anak satu kedai habis berantakan ! Gitu. Lepas tu lahir pulak generasi baru. Kecik2 dah pandai main ngan Tablet. Nak Iphongg..takmo cikai punya. Dah tak nak dah main kat padang. Duk memerap dalam bilik main Farmville la.. Kendi Kerushh laa. Dah tak nak campur dengan sepupu sepapat. Dah pandai anti-sosial. Dah pandai dah ber-IT ni bagai. Kalau takde ipad kat tangan tak mau tido. Sepak kang sorang2 sat lagi ni kang !!  Maju serba canggih. Tapi yang sakit ? Siapa ? Mak Ayah yang merana. Kadang2 sampai ikat perut nak menyimpan duit nak menyuakan anak dengan teknologi canggih manggih ni. Bebudak zaman sekarang tak tahu.. Barang makin tinggi tapi gaji Mak Ayah tak naik2 lagi. Kesian deme. Rasanya Mak Ayah tu lagi sanggup anak dia main kotor2 tanah dari minta yang bukan2. Tapi itulah manusia. Berubah-ubah mengikut zaman. . . XOXO



Tuesday 15 October 2013

Aiskrim..emm Dap Dap Dap !

Lama tak update ann ann ? Sekarang ni Tuan Puteri dah cuti sem dah ! Woot woot ! Kome jangan le jeles teman dah cuti sem. Kome tunggu la time kome cuti nanti. Ni pun tak sampai seminggu cuti ni dah pishang kat rumah ! Nak jadi apa --' Kali ni kali pertama cuti sem panjangnya sebulan dimana aku tak kerja part-time. Bukan apa..kena jaga Ayah sakit tu haaa... idokk le tenang hati ni kalau kerja asyik memikior Ayah yang sakit kat rumah.. ye dakk !


    Cuti2 macam ni takde yang istimewanya. Macam biasa je. Adik2 tak cuti sekolah lagi... Baru bulan berapa ?! Agak2 la derr. . . So I'm home alone with my parents. Boring ahh ! Takde yang nak ngajak panjat pokok ni semua. Balik pada tajuk kita pada hari ini..ecece cewahh! AISKRIM ~ Apa ada ngan aiskrim ? Okay aiskrim ni adalah benda yang menyejukkan dan ianya manis dan amat lazat sekali ! Kalau dulu kat kampung kat Sri Medan tu...selalu kejar Pak Cik Aiskrim. Dulu telinga tajam macam anjing. Dari jauh nun..sebelum masuk simpang jalan ke rumah Embah..dah boleh dengar bunyi loceng Pak Cik Aiskrim. Keting ! Keting ! Keting ! bunyi dia... apa lagi kami sepupu sepapat. . . Berkejar dari main parit terus naik ke rumah minta duit 50 sen dari Mak Ayah masing2 ! Kalau tak dapat..atau mak ayah tak bagi...deme selamba je pau dah pak sedara mak sedara. Senang je... Buat muka comel lote... pastu cium pipi diaorg..haaa ! Dapat kau 50 sen ! Hahahaha ! Pastu dapat je duit..berlari turun tangga ! Stay...stay...stay sampai nampak kelibat motor Pak Cik Aiskrim tu ! Nampak je..terus kejar ! Masing2 beli aiskrim feveret masing2. ada yang batang..ada yang kon. Yang kon punya kalau beli..mesti atas aiskrim tu ditaburi dengan kacang ! Perghhhh !! Pengalaman yang takkan dan takleh lupa bro~~


      Tapi sekarang dah besar. Dah tak sesuai dah nak kejar Pak Cik Aiskrim tu ! Sekarang ni senang..nak beli Aiskrim tu beli kat kedai sudaa. Kedai pun dekat. Takyah nak kejar bagai ! Sekarang Aiskrim dah update dah.. Dah maju. Semua jenis perisa ada..kau nak apa ? 3 flavors dalam satu batang aiskrim pun dah ada ! Sekarang dah takde dah aiskrim murah2. Paling murah pun Aiskrim Malaysia tu. Tu pun 50 sen mu tak dopp ! Maheiii bebenorr -_- Sekarang ni teman nak makan Aiskrim pun takde la mcm dulu2. Sekarang nak makan pun sekali sekala. Ye laa... makan sekarang ni kena jaga. Bukan ditakutkan gigi rosak la..gigi rongak la... tapi ditakutkan dengan diabetis, kencing manis, darah tinggi..bla..bla..bla. Pastu nak makan aiskrim yang mahal2... Hagendaaz la... Baskin Robin la...aiskrim dalam bekas la... Kemain Tia sekarang ni ! Manja ! Mengada !!! Hahaha :P  TAPI. . . kalau boleh la . . . teringin nak makan aiskrim macam zaman dulu. Kejar Pak Cik Aiskrim Kting ! Kting ! Kting ! Pak Cik Paddle Pop  . . . dan tak dilupa Pak Cik Mat Kool. . . XOXO







Sunday 6 October 2013

Bila Tia Sakit . . .

Idokk le nak cakap apa2... Final belum habis lagi ni dah nak start sakit ! Dah la Tuan Puteri ni jarang sakit. Tapi bila dah sakit tu..... haduhh. Susah ! Masing-masing tak kira manusia ke haiwan ke kalau sakit ni ada je fi'il masing2. Ada je kehendak masing2. Kalau manusia gi jumpa doktor. Haaa..nanti dapatlah ubatnya. Kalau haiwan, ada sesetengah haiwan tu makan tumbuh-tumbuhan. Macam kucing, dia makan rumput apa ntah untuk bagi muntahkan balik makanan yg dia makan tu. Baguihh dakk.


   Aku kalau sakit ni susah sikit. Mak Ayah jauh nun kat Perak nun. .  . aku cuma ada kawan2 je yg boleh diminta tolongkan bawak ke klinik ke. Kalau aku kat Kampung dulu, memang la ada Mama..ada Ayah. Tapi kalau sakit deme tengok2 mcm tu je.. Kalau dah teruk sangat baru hantar gi Hospital. Oupp ! Oupp ! Hospital ye..bukan Klinik swasta. Kami orang Kampung mana mampu. Kalau sepital (hospital) Kerajaan tu mampu le. Bayar singgit je kan . . . Murah yang amat. Tapi aku tak suka gi Sepital nih ! Aku ni ada sejenis penyakit. Nama dia G6PD. Alahan kepada ubat-ubatan dan sesejenis makanan. Bukan macam orang lain. Aku tak boleh ambik Panadol ke Panadol for Kids ke kalau aku demam. Kena gi sepital enjet (inject) ! Kami adik-beradik pun bayak fi'il gak. Macam Adam, adik bongsu aku... Dia kalau demam mana nak makan ubat pil-pil tu bagai. Ubat dia satu je... kepci (KFC)! Kau bagi la apa pun..tak kan masuk tekak dia kecuali kepci ! Dapat ngapp seketul ayam kepci tu..1/2 jam lepas tu terus sembuh. Haaaa.. dah boleh main panjat2 pokok dah balik !!

 
     Itu kat kampung. Ada gak yang menjaga ! Ini kat bandorr cik Jah oii ! Kau duduk sini sorang2..Mak Ayah jauh ! Pernah sekali aku demam campak (chicken pox) naik satu badan woahhhh ! Aku ngan tengah takde duitnya nak kena gi klinik..aduhh ! Al maklum laaa... kena time hujung2 minggu. Memang tak laa. Klinik kerajaan ada..tapi jauhnya ya amat ! Nak minta tolong kawan..ada tu ada tapi dia pun sibuk kan... tak mengapa la. Ngajak la kawan aku si polan ni teman gi klinik gak. Nasib Ayah bleh bank-in la tu gak.. kalau idokk. Entah le teman nak ceghita cemana. Dah la minta orang yg tak pernah kena lagi meneman. Kalau dia berjangkit gak. Memang sampai mati rasa bersalah tu tetap ada! Chicken pox kan...takkan nak stay Shah Alam.. apa lagi balik Perak la ! Kat Perak mcm anak raja ! Takyah buat apa2 ! Nak makan org hantar ke bilik.... nak apa2 panggil je. Ain Adam jadi bibik jup. Nak makanan dari luar..call sajaaaaa ! Mekdi, Kepci, Pijja Hut semua boleh delivery. Now dah sihat Alhamdulillah.... Tapi kalau boleh Chicken Pox balik..... XOXO


Thursday 3 October 2013

Dari Kesalahan Kita

Dah lama tak post . . . kannn ! Minta maaf la ye sangat2. Sekarang kan tengah final uollss... Budak2 emesyu ni semua tengah sibuk..menyibukkan diri dengan buku masing-masing. Tuan puteri ni sampai dua hari TAK TIDUR ! Semata-mata nak menghadap final ni sanggup bertentang mata dengan dia yang teristimewa iaitu... Buku la ! Apa lagi. Yang couple2 tu sanggup hold dulu semata2 nak study. Wakaka.... Gitu.


    Kali ni nak cakap pasal nasihat. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku masa mula2 masuk Msu unggul namamu. . . aku macam freshie yang lain jugak. Nerd nerd gitu. Dapat kawan macam kera dapat bunga ! Excited dia lain macam. Al maklumlaaa... kawan pertama kat perantauan~ Kita pun makin rapat dan rapat dan ...rapat ! Semuanya berjalan seperti biasa... everyday is a happy day ! Sampailah satu hari . . . tak ada angin tak ada ribut tiba2 dua-dua bermasam muka. Tak mahu bertegur sapa . . . apatah lagi memandang muka satu sama lain ! Adakah mungkin  kerana satu perkataan... atau suatu perbuatan? Masing-masing tak nak mengalah ! Dalam hati ada satu perkataan yang membara jiwa. BENCI ! Itu yg boleh diungkapkan sekarang. Bila ditanya..dua2 tak nak mengaku. Katanya, "Eh, Takde apa2 la..biasa je. Aku ok je." Okay ? Okay ke kalau macam tu ??!! Tak faham aku pasal kome ni...kemain kalau buat hal. Buat muka toya tak salah plak kat sini. Ye dakk ! Dan akhirnya pergaduhan tu berlalu mcm tu je. Terus renggang. Makin hari makin buat-buat tak kenal... Sampai aku pindah keluar ! Sampai macam tu sekali ! Sedihhh..sedih... Kemudian cari kawan lain....Tapi itulah kitaran hidup manusia. Let bygone bygone...

    Dan...Itulah kesalahan yang aku buat. Situasi diatas adalah situasi yang aku alami sendiri ! Bukan orang A atau B punya ceghita ye dikk ~ Sehingga kini aku menyesalinya. Sesal tak sudah. Walaupun acap kali terjumpa kat MSU tu...tapi masing macam orang asing. Takpe..biarlah. Itulah hukuman dan pengajaran yang aku dapat sepanjang duduk kat sini. T~T Dan situasi yang hampir sama terjadi pada seorang sahabat aku ni. Cuma dia belum kena...tapi kalau dia buat jugak, dia boleh kena macam yg aku kena ni. Dia bertanyakan pendapat aku. Lalu aku berfikir sejenak. Lalu aku pun cerita la kisah aku sepanjang aku kat sini. Dugaan bersahabat... dugaan hidup sendirian di Shah Alam yang jauh pejalanan luas pemandangan. (haaa..Tia dah mengarut dah ! ) Aku cerita segala benda yang aku buat dekat Shah Alam ni. Except bab bercinta la... aku tak laku kat sini. maklumlaa..tak lawa. Gitu. She ask for an opinion okayyy ! So I've told her my story, my mistakes, my happiness.. and I ask her,'' Buat la apa yang adik nak.tapi ingat... Tanya sama hati. Betul ke apa aku buat ni ? '' Jangan jadi macam aku. Belajarlah dari kesalahan orang lain . . . XOXO



Thursday 26 September 2013

Final Bukan Finale

Post kali ni takde benda sangat. Bukan pasal cintan-cintun ni..maap le. Puteri Kampung sekarang sibuk sikit. (Okay..minggu ni tak sibuk langsung ! Tapi start next week habislaaa..... Confirm jadi zombie !). Al maklum laa... dengan assignmentnya yang kena hantar last minit ni. Kuiz bagai laa..bla bla bla laaa...


  Sekarang ni..budak2 kat MSU ni semua tengah rushing mu tau dakk. Semua tengah sibuk siapkan kerja coursework masing2. Lecturer pun sama. Dua kali lima gak... Ada yang baru nak buat kuiz laaa..ada yang baru nak upload assignment la. Hari ni upload..lusa baru hantar ! Mak aiiii....dah la student tengah rushing nak settle semua benda. Pastu kena jadi zombie untuk 2 hari siapkan assignmnet plakk.. Adehhh. Kawan2 teman yg couple ni pun ada yg sanggup break kejap dari relationship semata-mata nak menghadap final untuk Semestar ni. Haaa...tu lawak...tapi takpe. Cinta bertaut kembali lepas Final. Haha XD tidak mengapa. . . tidak mengapa. . . Macam aku plak. memang rushing habis. Berkejar kau dari kelas ke U-Print print assignment..pastu naik Department hantar projek la..apa bagai la... Ada je yg nak kena rushing. Kalau U-Print penuh...kau berlari laa kejap ke Tesco..Print kat sana plak. Al maklum laa.. kerja last minit memang cenggitu. Ate..semuanya memang sama. Suka tangguh2 kerja. -_-


  Tapi, walaupun cenggitu, semua kerja jalan. Semua kerja beres. Takde yg ada masalah tersangkut tak boleh submit projek la bagai. Kalau ada pun..tu bukan kawan aku tu...orang lain tu. Tak kenal. Haha XD Habis settle semua assignment... settle semua projek... settle quiz , Next step is ...clearing your account and print the Exam Slip..Thank you. Macam biasa..nak dekat2 Exam ni..haaa..tudiaaa ! Account Dept jammed ! Penuh bak hang sampai keluar2 pintu nun. Tunggu lah kau dari start dia bukak kaunter sampai tutup kaunter tu dalam pukul 6. Kuang kuang kuang ~ Boleh tawaf satu Sunway Pyramid pastu datang balik MSU ! Habis semua kerja2 gila tu. . . Bermulalah battle kita dalam berjuang menjawab Exam yang dinanti-nantikan. Kalau kat sekolah dulu...Cikgu pesan "Jangan lupa..baca Bismillah..minta restu kat Mak Ayah. Minta halal semua ilmu tu. "...Itu kat sekolah. Sekarang kalau kat Universiti yang unggul nama mu ini kann. . . Lecturer pesanan dia mcm ni, " Jangan lupa clear account, pastu jangan lupa bawak Kad Matrix, paling jangan lupa. . . Slip Exam jangan esok nak Exam baru kau print ! " Haa..tu je la yang deme pesan. Takyah pesan lebih2.. sendiri mau ingat la derr ~ Lastly, for this sem, the closing for every sem, ofkos la Final Exam. Ye dakk. Time ni kita Battle cukup2 !! Orang kat medan perang berperang sehingga ke titisan darah terakhir...Kita student berperang diatas kertas sehingga ke titisan peluh terakhir !! Okay laaa.. nak sedap sikit...sehingga ke titisan ink terakhir !! Jyeahhhh ! Tapi macam biasalah..bukan student emesyu la kalau tak study last minit. . . XOXO



GOODLUCK SEMUA YANG NAK EXAM TU ~~~




Wednesday 25 September 2013

Bila Larut Malam ~ ~ ~

Dalam banyak2 masa...aku paling suka masa malam. Sebab dia senang je..malam ni setan kuar ! Hahaha..takdelah..main2 jerr. Malam ni cuacanya nyaman sikit. Sejuk sikit. Takdelah macam siang...kalau boleh panas dia tu..Nauzubillah ! Kalau panas2 ni dengan engkau gi makan pecel lele kat Padang Jawa tu..Ya Allah...Bahang dia sama macam duduk rumah arwah Atuk belah Mama kat Johor nun ! Kalau malam ni best sikit...


   Tapi sebelum tu, nak citer dulu. Macam biasalah...Perbandingan malam kat kampung ngan bandor ni lain. Habis ? Takkan nak citer benda lain plak. Jangan risau..aku post apa pun kat blog ni tak usik hal negara orang lain. Aherherher ~ Okay. Balik kat citer tadi. Kalau kat kampung ni, aku kurang sikit keluar rumah time2 malam ni. Kalau keluar pun untuk gi Tuition ke, beli barang emergency ke, hal2 urusan negara ke. Gitu.... Al maklumlaaa... Tuan Puteri kan anak dara. Tak elok keluar malam. lagipun dulu kan time sekolah.. Cari nahas namanya kalau malam ni..kang esok tak bangun pagi kang...nganga kau kat rumah sorang2 ! Mama pernah cakap "Sape tak gi sekolah, jangan nak jadi anak raja kat rumah ! Kemas rumah ! Mama tahu balik rumah BERSIH !! " Tapi kalau Ayah..best sikit. Dia cuma cakap " Haaa...nak gi sekolah tak ? Tak nak sudah ~ " Settle bro.... Kau mampu nak cakap cenggitu ? Tak kann . . . Kalau malam ni kul 12 tu dah tido dah kat rumah. Sabtu Ahad tido pukul 4 pagi pun tak mengapa. Tapi dulu nak PMR, SPM ni TV kene kunci. Ada kuota dia.. hehe.

   Kalau kat Shah Alam plak...bebas sikit. Hidup pun berubah. PMR, SPM dah lepas..so enjoy sikit. Takde la kene struggle ni bagai. Nak struggle pun time esok nak Final ke..Gitu. Kat Shah Alam ni kau nak jadi burung hantu pun tak mengapa. No one cares. Aku ni selalu kalau keluar malam pun lepak Mamak je..tak mampu nak lepak Stabak (Starbuck) ! Lepak2 pun dengan kawan kat Mahsuri ke, Le Lac pekena Burger Bakar Abang Burn... Lepak kat Ranggo Cafe .. (Okay..kerja aku memang lepak je memanjang ! Nak shopping pun kene tunggu raya, harapkan duit mak ayah jerr ) Tapi aku lepak2 pun tak usik rumah tangga orang..lepak2 macam tu je kasi hilang stress ! Pastu order ais kosong secawan duduk la kau kat situ sampai 2 3 pagi kann ! Bijak...bijak kau Tia oiii ! Think smart babeh, not think hard ~ Tak tau  la nak jadi apa kat aku semenjak dua menjak ni....asyik keluar beraktiviti jer.. al maklum laa.... tengah single ni. Baik gunakan masa yang ada ni sebaik mungkin. Nanti dah jadi bini orang lain pulak ceritanya. Ye dakk . Hey..hey..hey..heyy ! Wa walaupun keluar malam pun masih anak dara tau ! Tak pernah ada date pun tau ! Wakakaka ~ Tapi apa2 pun jangan dilupakan misi kita kat SA ni...belajar dan genggam segulung Diploma dan akhirnya sambung Ijazah. . . XOXO



Monday 23 September 2013

Cita-cita Ku . . . Counselor atau Consultant ?

Post kali ni nak cakap sikit pasal cita-cita. Dulu time kecik2...time sekolah rendah dulu..kemain kita buat karangan pasal Cita-cita Saya. Lepastu berdiri lah kau dalam kelas tu. Bentangkan kan kat depan kelas pasal cita2 kita tu dengan rasa bangganya. "Cita-cita saya. Saya nak jadi bla bla bla bla... " Gitu kau explainnya dalam kelas.

  Aku si puteri kampung dulu time kecik2 ni memang...kalau boleh semua benda aku nak jadi. Mula2 tu yg aku ingat la...sebelum masuk Darjah Satu tu, cita2 aku nak jadi Sailormoon. Kakak pulak nak jadi Goku. Alaaa..yang dalam citer Dragon Ball tu. Kalu budak2 90's ni paham la..ye dakk. Lepas tu...bila dah masuk sekolah rendah..barulah nak jinak2 dengan cita2 yg lain. Yang lebih ke arah realiti. Takde2 dah fantasi bagai ni. Time ni cakap la kita nak jadi Lawyer la...Polis la... nak jadi Cikgu la... macam2 lagi. Tapi tipulah kalau takde kawan2 aku yg masih berfantasi nak jadi Superman la..Batman la. semua tu masih ada.  Membongak sangat laaa kalau semua tu takde. Lepas tu start dari Form 3 plak dah determine nak jadi apa. Time tu lepas PMR. Tapi...time tu teman tak taulah nak cakap apa. Lain yg teman target..lain yg teman dapat. Dipendekkan cerita, aku pun amik lah aliran sains teknologi. Kalau kat sekolah dulu, ada aliran sains tulen dengan sastera..tapi dua2 tu tak layak untuk aku.. amik la yg lebih praktikal dan sesuai ngan aku..ye dakk ! Time ni dah tahu dah nak apa... aku nak jadi Programmer la..Lawyer dan benda2 yg boleh buat duit. Muahaha ! Tapi cita2 paling penting.. " OH MAMA, SAYA MAHU KAHWIN~ KAHWIN DENGAN SIAPA..DENGAN ANAK RAJA ~ '' Tu..memang tak boleh blahh ! heheee... XD

   Tapi semua itu..Poyo ! Lepas masuk MSU ni..dengan berbekalkan course Dip in Counseling and Guidance ni...semua berubah. Ni sebab kos yg aku amik tu la...Kenapa aku amik kos tu...sebab Mama. Ayah..dia kurang sikit kalau nak masuk2 campur ni. Dia tahu bagi duit je. Cukup makan la kau nanti kat sana ye. Tapi aku dah tahu target aku..aku nak jadi Consultant walaupun aku tahu untuk course ni layaknya jadi Counselor je. Tapi aku tak nak sebab aku tak nak duduk kat office yg suram..lepas tu dengar masalah orang...bikin stress. Belum apa2 dah stress kang tak pasal2. Tapi kalau jadi Consultant ni...dia cuma selesaikan masalah sikit2. Guide orang sikit2..tapi gajinya..wow ! Besar. Tak sampai setahun boleh beli rumah. ( Bayar ansuran la..ye dakk. ) Tapi boleh hidup. Tak perlukan sesiapa..dah boleh balas balik jasa mak bapak. Gitu baru la afdal . Hidup ni kena ada prinsip dan pendirian. Disiplin tu penting. Selagi kita ada pendirian..tegas. Orang akan hormat kita. Ye dakk. Tapi apa2 pun aku still stick dengan ambition aku yg lama. Nak jadi Consultant tu side dia je..tapi yang confirm punya...Kahwin sama orang kaya !! Muahaha! Bukan apa..aku pikir masa depan. tu jerr. Lama2 nanti paham la kome .... XOXO



Sunday 22 September 2013

Cinta Nokia 3310 dan IPhone. . . Boleh Bersatu Ke ?

Post kali ni bukan la nak buat cerita cerpen ke atau novel sekalipun. Takde masanya. Nak cerita pasal cinta..cinta antara dua darjat. Bukan la nak cakap apa..tapi bila kita bercinta kadang2 kita tengok darjat kita. Sama tarafkah kita dengan si Dia. Disitu kita boleh tengok sama ada kita ni layak untuk dia ke idokk. Tak perlu tunggu zaman sekarang...sejak zaman dulu lagi. Time2 P.Ramlee dah ada cinta dua darjat ni... Sekarang pun sama je.

   Aku puteri kampung ni takde duit nak beli iphongg...so beli Nokia 3310 je. (Okay.tu tipu. Sematpon rosak, takde duit nak repair) Tapi sekarang memang tengah guna Nokia 3310 je. Ate...dah kena marah ngan Mama. Takkan nak beli lagi kot. There no more chance for you Tia...hauuuuuuu sedihh ! T~T Takpe la... nak buat apakan. I'm still grounded... Moh le kita bercerita pasal cinta. Okay. Amik contohlaa... Aku, si puteri kampung hidup di bandar yg penuh dengan cabaran ni telah bertemu dengan jejaka idamannya Si Iphone. (Sebab lelaki tu, dia pakai iphone. Nama terpaksa dirahsiakan. hehe) Aku jumpa dia yang sama universiti dengan aku. Dia ada semua ciri2 yang aku nak. Baik, penyayang dan hormat orang tua. Yang penting dia jenis yang fikir masa depan. Dia ada bila aku sedang memerlukannya. Selalu mengambil hati aku. Setiap kesalahan dia dia tegur dengan lembut. ( Okay, kadang2 dia ignore teman. Yelaa.. teman ni kadang2 jenis yg degil sikit.) Tapi itulah....... aku ni Si Nokia 3310. Dia pulak si pemegang IPhone. Setaraf kah kami? Kadang2 aku rasa rendah sangat diri ni bila berdiri sebelah dia. Tapi aku juga selalu merasakan yang sebenarnya aku yang bertepuk sebelah tangan. Hanya aku yg terhegeh2 nakkan dia. Dia plak...rilek macam biasa je. Kadang2 rasa macam aku ni tak wujud walaupun depan dia. Haihhh....ntah la teman nak komen apa pasal ni. Rasa sia-sia pun ada. Tak tau teman...no comment about this!

    Tapi bagi aku la...sesiapa yang kat luar sana tu rasa macam mana yg aku rasa ni. Kome teruskanlah usaha nak tarik si Dia untuk korang. Jangan pernah beralah. Kita walaupun dengan dia berlainan darjat..tapi kasih dan sayang antara satu sama lain. Jangan la kome berputus asa. And remember...there must be a trust...a strong trust between each other. Loyalty make it more perfect. Aku tak mempunyai banyak pengalaman bercinta. Tetapi pengalaman dalam melihat orang sekeliling aku bercinta mematangkan pemikiran aku. Tapi aku tak layak nak menasihati orang sangat sebab jalan cinta aku pun hancur bersepai macam tu je kann... Tapi kita sendiri boleh fikir macam mana nak samakan taraf dengan si Dia. Contohnya, aku..hehe. Aku ? camne ek...haaa..okay2 mcm ni.. Aku kumpul duit, cukup masa cukup duit cukup segalanya..aku beli la Iphone sebijik ! Haaaa.....bijak dakk ? Ate...... itu je yang mampu. Takkan la nak beli kereta sebijik...Tahu la Si Iphone pun ada kereta. Itu teman tak mampu le. Ada iphongg sebijik..senang le teman nak weechak (weechat) ke..whatsakk(whatsapp) ke....betui dakk ! Tapi buat masa sekarang ni..teman pakai Nokia dulu ye... Connecting People gitu...... XOXO




Friday 20 September 2013

Sabtu Ahad Yang Pishang ~

Tuan puteri hari ni dak tau lah nak sembang apa. Tengah pishang habis ni haa. Kalau cerita pasal Sabtu Ahad ni..tak banyak cerita sangat. Tapi yang aku tahu Sabtu Ahad ni rakyat2 kat Malaysia cuti. Ni lah masanya depa luangkan masa dengan anak2...family dan kekasih deme. Tapi ada jugak yang masih bekerja. Bekerja sebagai orang 24/7..kerje je memanjang.  Yelaaa..deme jugak kata ekonomi ni takde cuti. Iyolahh jahh oii !


   Bagi student macam aku dan student yang lain ni. Sabtu Ahad dijadikan hari outing. (Outing sangat.... private unbersiti macam teman ni outing tu bukan kena tunggu Sabtu Ahad...Hari2 pun boleh. Lepas kelas berjalan la kau sampai hujung KL nun. Kul 2-3 pagi baru balik. Esok kelas kul 3 ptg...takpe XD ) Tapi bagi aku student yang duit poketnya cukup makan ni. Takleh la nak outing selalu. Sekali-sekala tu bleh laa... Nak makan sedap tu...boleh dikatakan hari2. Tapi asal weekend je sengkek terus ! Masa weekdays makan tak ingat dunia..gitu jadinya. Tapi kalau aku nak keluar Sabtu Ahad ni pun...nak pergi mana. Kalau ikut kawan2 pun..deme dengan boyfriend/girlfriend deme. Nengok neman pun tak maunya. Sibuk bercinta dari start jalan sampai hantar balik. Tu pun tak mau dilepasnya.. hm.. gitu le anak2 muda sekarang ye Jah. Lagipun deme kaya. Nak kuar jejalan shopping maunya seribu habis cenggitu je.. adehhh. Aku ni RM100 je seminggu makan tau dakk. Alhamdulillah. Janji ada. Duit tu memang habis buat makan. Takde benda lain dah.

  Aku kalau kat kampung Sabtu Ahad ni tido je kerjanya. Biasalaa penat memanjat pokok siangnya tu. Tapi kat Shah Alam ni..asal weekend je terus jadi pishang kat rumah. Pishang hoiii ! Tak tau nak buat apa. Kadang2 balik Hartamas rumah pak cik...tak nak la balik selalu. Segan aku Jah, haha XD Duk rumah macam zombie..lagi2 kalau weekend Jai tak bukak..Aduhhh. Makan biskut aku 2 hari. Al Maklum laaaa..teman takde boyfriend..so takde yang ngajak dinner ke hape ke. Teman dinner ngan TV je kat rumah. Nak keluar jenjalan..kat teman dah kata. Fulus takde ! Duk rumah je la... Isninnya baru Mama masuk duit lagi. Tak terkata aku dibuatnya...Kalau aku nak keluar pun..aku lebih suka keluar sorang2. Kurang masalah. Kadang2 aku jalan sorang2 pergi Times Square, Mid Valley. Naik KTM je laaa.. Baru 4 hinggit pergi balik ! Murah ye dakk. Pastu jalan sorang2..shopping sorang2. Jangan ditanya kenapa mengapa. Sebab aku lebih rela pergi mana2 sorang2 daripada aku pergi ramai2. Tapi semuanya berpasangan. Meninggalkan aku yang forever alone di belakang. Sedih sebentar......... XOXO



Bahasa Jiwa Manusia

Aku bukan la seorang puitis yang bijak berpuisi, bukanla seorang srikandi yang bijak bermain pantun, bukan la seorang Siti Zubaidah yg merdu bersyair. Aku cumalah seorang anak kampung yang belajar hidup sendiri di dunia ini. Kali ni bukan nak bercakap tentang aku. Tapi ingin bercakap tentang bahasa. Bahasa, ada apa dengan bahasa ? Okay la..bagi aku bahasa itu adalah sesuatu yg selalu digunakan antara orang lain dengan orang lain. Bahasa tu hanya akan berguna bila dapat difahami secara bersama.


    Macam tajuk aku, bahasa jiwa manusia. Bahasa juga melambangkan keperibadian seseorang itu. Bukan bahasa jiwa bangsa ye..sebab bagi aku, bangsa hanyalah sekadar nama dan warna kulit sahaja. Tapi bukan melambangkan bahawa jiwa semua warna kulit yang sama itu haruslah sama. Aku ...Anak kampung dididik sebaik-baik manusia. Tak pernah diajar untuk tidak berbudi bahasa didepan orang. Bila di kampung guna bahasa lain. Tapi bila sampai di bandar lain juga bahasanya. Boleh dikatakan semua nak cakap omputih. Biar berterabur nyebutnya...jangan tak gheti langsung. Ate...teman oghang kampong....mane gheti cakap bandorr. Taunya Yes No tu je le...Tak kuasa deme layan. Tapi ada persamaannya yang tersendiri antara bandar dengan kampung. Salah satunya ialah bila deme nak cakap benda tak elok. Kome paham2 je la..ye dakk.. cuma di kampung nyebut dalam bahasa Melayu. Kat bandor banyak yang nyebutnya dalam bahasa omputih. Tapi bila aku sendiri berjalan dengan sahabat2 tercinta, bila terdengar seseorang menyebut sesuatu yang tak elok. Aku...cuma diam. Tapi sahabat yang tercinta mula bersuara, 'Eeee..apalah budak tu! Kecik2 dah pandai cakap mcm tu. Dah la pakai tudung. cakap mcm orang takde agama!" Aku......cuma diam.


     Tapi bagi pendapat aku. (sape je la yang nak dengar pendapat orang kampung ni...tak layak nak bersuara) Sebaik2 manusia bukanlah manusia yang menegur secara kasar tetapi menegur dalam bahasa lembut. Dan, bagi aku la... tak semestinya bila seseorang itu bercakap @#$%^ hatinya pun begitu. Pernah dengar tak... Terimalah nasihat walaupun ianya dari seorang pelacur. sifatnya tak sama dengan keperibadiannya, Dia pelacur tetapi nasihatnya amat mendalam dan boleh mengubah hidup orang lain. Begitu juga dengan bahasa. Bahasa seseorang itu sometimes tak sama dengan jiwanya. Walaupun dia berbudi bahasa macam mana sekalipun, tetapi bila dia terluka sekali. Habis satu dunia digoncangnya ! Dendam dia membara seperti api yang tak tahu makna panas yg bisa ditahan oleh mana2 manusia di muka bumi ini. Begitu juga dengan manusia yang bahasanya amatlah "cantik". Walaupun begitu, hatinya baik, ikhlas dalam membuat sesuatu perkara itu. Tak pernah meninggalkan sahabatnya atau orang sekelilingnya. Tak pernah meninggalkan ibu bapanya walau dalam keadaan apa sekalipun. Kita....yang namanya manusia. Renung2 kan la diri masing2 . Pandanglah cermin dan berkata... Layak kah aku berkata2 tentang mereka sedangkan aku sendiri cacat celanya tidak terkira.......... XOXO



Thursday 19 September 2013

Gila TV Kah Aku ?

Post kali ni kita cakap pasal TV plak. Tapi idokk le nak cakap pasal Tv warna ke..jenama apa ke. Tapi nak cakap pasal channel yg dipaparkan kat TV tu sendiri. Aku bukan la keluarga yang berada. Jadi kami takde la Astro mastro tu bagai. Yang ada channel percuma sahaja. TV3 itu wajib. Takde tu ntah jadi apa la nanti. haha XD. RTM 1,2 8TV, NTV7... TV9 jadi peneman kami dalam hidup sehari-hari.

    Dari kecik lagi aku ni jenis yang memang suka tengok TV. Tak tahu la kenapa mengapa aku memang mcm tu. Dulu time kecik2 suka tengok citer. Dan ofkos la citer kartun. Yang paling diminati antaranya ialah Sailormoon, Disney's Cartoon, Dragon  Ball (Yang ni Kakak memang minat gila. Terutamanya karakter Goku tu.) Totally Spies and macam2 lagi la. Kalu cerita drama ke series ke, aku suka tengok citer Cili Padi (Ni memang citer wajib TV3), Melodi yang ada Kak Ogy tu. Ada Apek Saiful tu. (Tengok Melodi ni pun memang cerita wajib Mama) Pastu kul 3 petang every day mesti ada telenovela. First2 tu citer Rosalinda Ayamo..pastu barula citer2 lain plak. Itu lah antara kegilaan kami sekeluarga tengok citer. Tapi Ayah lain. Dia cuma nak tengok TV bila time Buletin Utama je. Dan satu lagi..TAK BOLEH KACAU TV KALAU AYAH TENGAH TENGOK BOLA!! Itu paling penting. Tapi Bila ayah tengok bola dia bising...gol sana la..gol sini la...Jadi kami sekeluarga ambil inisiatif dengan membeli lagi 3 biji TV untuk letak dalam bilik masing2...

   Tapi kalau bab TV ni aku laju je. Tak tahu la kenapa. Ate...teman ni memang suka nengok nivi(tv) dari dulu lagi. Kome cakap je nak cerita ke segmen apa..teman tahu semua tu. Teman paling mesra dan dekat dengan TV3..kome cakap je nak citer apa..dari pukul 6.30 pagi sampai 6.30 pagi esoknya...teman laju je menjawabnye.. Haaa..kau nak apa. MHI, Azalea, Lestary, Samarinda, Cerekarama.. haaa...apa lagi Pearl Screen, Nona, Berita 1.30..haaa aku tau semua tu. Sebenarnya ada dua sebab kenapa aku jadi arif sangan bab2 TV ni (tapi pelajarannya idokk !!) Yang pertama, sebab aku memang suka dengan jalan cerita yang dipaparkannya tu, drama2 Melayunya memang menusuk kalbu ! Biasalaaaa...ceghita oghang melayu...gitu je le... Yang kedua pulak, sebab aku memang banyak sangat masa yg terluang. Dari dibuang begitu je..better aku buat perkara yg bermanfaat..mcm....tengok TV ke. haha ! Tapi apa2 pun bagi aku TV tu bermanfaat..at least aku tahu perkembangan terkini. Takde la nak menghadap Social media sangat.......XOXO






Sunday 15 September 2013

Selamat Hari Malaysia Semua !!!

Post kali ni bukan pasal sejarah ye. Bukan pasal pembentukan Malaysia. Kalau tak, habis semua dok tersengguk-sengguk depan skrin computer kome ! Hari Malaysia jatuh pada 16 September 19....alamak! Lupa laaa.....sowieee ~ Tapi ramai yang confuse antara Hari Malaysia dengan Hari Merdeka. Masa merdeka kita still pakai nama Tanah Melayu. Idokk lagi pakai nama Malaysia ni... Hari Malaysia plak hari di mana hari nama Malaysia itu sendiri terbentuk. Mungkin la... aku pun kekadang bukan tahu benor sejarah ni..al maklum la..tak pernah matapelajaran aku kat sekolah dulu2 dapat B ke bawah..selalunya A je memanjang!


   Dulu Tanah Melayu dan kini dikenali sebagai Malaysia ni sama je...takde yang berlainan. Semua kampung..takde hutan2 batu bagai nih. Kalau ada pun omputih punya bangunan. Dari dulu sampai sekarang pun sama jugak. Bangsa2 yang ada dalam Malaysia ni masih sama. Ada Cina, Melayu, India. Adat budaya turut dibawa bersama. Itu barulah dinamakan tak lupa asal-usul. Kalau ingat2 balik ceghita orang tua2 dahulu kala, semua sama. Yang membuatkan mereka berbeza ialah tempat bekerja agaknya. Ingat lagi orang tua bercerita (orang2 tua kat kampung teman), dulu kalau ke kebun, selalu bertembung dengan orang2 India..Cina. Ate..deme pun nak pegi berkebun. Kebun pulak sebelah-sebelah. Asal waktu tengah hari je...sama2 melaung, " Woiii !Sudah2...mari makan !'' Semua pun mula la berenti sekejap. Dengan bekal mangkuk tingkat masing2..maka jamahlah mereka makanan tu sama2. Moment yang paling bermakna, bila masing2 letak lauk2 deme kat tengah2 tikar...dikongsi bersama tanpa mengira warna kulit, tanpa mengira jenis makanan. Kadang2 berkongsi rahsia..resepi turun-temurun. Bila makanan untuk seorang..tetapi boleh cukup untuk 10 orang ! Bayangkan..itulah nikmat berkongsi sesama kita.

   Sekarang.....sama jugak ! Tak ada beza..cuma apa yang anak kampung lihat sekeliling, manusia semakin racist ! Kalau nak berkongsi sesama kita (maksudnya..sesama bangsa) tak mengapa..itu yang deme kata. Tapi agak slack sikit bila deme terpaksa berkongsi makanan berlainan bangsa. Benda pertama yang menerjah pemikiran deme tu.."Eh, Halal ke ? Sape yang membuatnya...cuci tangan ke idokk tu " Ada je prasangka2 buruk deme ni. Tak nak berkongsi, katanya "Sekarang bahaya. Kuman dimana-mana.. " Hok mu kuman ! Kuman tu kat kita sendiri pun ada. Ibarat tengok baju orang koyak..tapi tak sedar baju dia dah berlubang bosar ! Masing2 ada kesedaran..tapi takut nak keluar dari kepompong lama. Open your mind dear..Think out of the box and you will see the magic happen........XOXO




Saturday 14 September 2013

Hutan Batu Hutan Hijau

Anak kampung selalu dengar orang berpesan..Bila dah jadi perantau..merantau kat tempat orang ni...Pandai2 la kau bawa diri. Jangan culture shock sangat ! Ingat..kau sekarang bercampur dengan masyarakat. Jaga diri. Always aware with the surroundings..no matter what happen jangan nak menyusahkan orang ! Unless ..kau masuk jail ke apa ke baru boleh call Mak Uda/Abang Uri (Saudara terdekat kat SA) Kalau boleh apa saja masalah kau, selagi boleh settlekan sendiri..kau settle sendiri. Jangan babitkan orang lain. Hehehe..orait !

    Tapi yang kena hadapi semua tu..aku ! Bukan yang memberi pesan. Ia sekadar pesanan. Bukan sokongan...hmm :/ Tapi apa2 pun...hidup dan cabaran memang tak boleh dipisahkan. Aku cuma anak kampung yang datang dari kampung yang dikelilingi dengan hutan. Dikelilingi pantai. Ecececehh..BUKAN LA ! Hutan tu belakang rumah je...yang pantai tu plak Teluk Batik je ! Tu pun amik masa 20 minit nak sampai. heeeeee :D Tapi at least its a Kampung la...hokayyy~ Hidup aku dulu dipenuhi dengan adegan panjat-memanjat pokok...main kejar2 dengan siblings..tolong Ayah cabut rumput. Aku kat kampung memang ganas. Kadang2 wrestling dengan siblings boleh sampai lebam2.. wuuuuuu ! Dulu aku sadis. Tak macam sekarang..Tuan Puteri gituuu ~

   Itu dulu. Sekarang aku kat hutan batu. Hutan batu yang dikelilingi dengan bangunan. Dikelilingi dengan asap kenderaan. First time aku kat bandor yang serba canggih ni aku macam anak2 kampung yang lain.."Uuuuuu...bosar sungguh bangunan kat sini. Tinggi2 belaka ! " Dengan bawak beg guninya...beg lusuhnya..(Idokk le sampai mcm tu ! Bawak la beg besar je.) Datang emesyu mcm orang PATI je..haha! First2 datang tu nampak la muka freshie tu..hehe. Mula la ada yang nak try..Ouhh Hati keras time tu. Pastu lama2 keadaan berubah. Dah pandai berpesen..bermake-up. Okay tu tipu ! Aku kat hutan batu ke..hutan hijau je..hutan biru merah kuning hitam ke..sama ! Takde yang berubah. Hanya culture shock dari segi bahasa dan attitude. Dimana aku melihat ada yang bersikap seolah2 dunia ni dia yang punya dan ada yang bersikap relevan. Mengikut peredaran semasa.. Aku tak terkecuali..tapi aku masih mengekalkan prinsip2 aku dan tak akan sesekali mengubahnya.....XOXO




Friday 13 September 2013

Ini Caranya Kalau Nak Mengajar

Post hari ni pasal mengajar manusia menjadi lebih baik. Sepanjang aku di perantauan ni.. (ecececehh..perantauan sangat. Padahal Perak-Shah Alam jerr ) aku pun tak terkecuali dalam melakukan  kesilapan. Bukan sedikit..tetapi banyak. Tapi kesilapan lah yang mematangkan kita. Bukan makin menghancurkan kita. Tapi setiap kali manusia melakukan kesilapan..ada saja manusia lain yg nak mengajarnya. Yang membezakan hanyalah cara mengajar, sama ada betul atau tidak.

    Aku melihat pelbagai ragam manusia dalam melakukan kesilapan. Ada yang boleh di undur..ada yang tidak. Tapi setiap kesilapan boleh di maafkan walaupun sekecil zarah sebesar gajah. Tapi aku melihat ramai juga manusia yg mengajar dengan cara yang salah. Ada yang seorang rakan melakukan kesilapan secara tak sengaja dan akhirnya rakan2 lain bertindak memulaukan dia. Tanpa sebarang bicara mahupun penjelasan yang kukuh.. dia ditinggalkan begitu sahaja. Pernah dengar tak pepatah bandor ni.. Ate.. ''When someone stop talking to you, they start talking behind you.'' Ate....teman blajo dari kawan2 bandor teman yang super modern..ce mane ~  Selain tu juga, ada juga rakan yang melakukan kesilapan dalam hidup. Lalu datang mak ayahnya memaki hamun anaknya depan rumah..depan emesyu..dekan kawan2. Ini adalah bukan cara mengajar yang betul ye tuan2 dan puan2...

   Cara yang boleh kita guna dan paling senang ialah dengar menegur setiap kesalahan. Bukan dengan cara memulau memaki hamun ye dikk. Aku anak kampung ni ..alhamdulillah diajar dengan baik oleh Mama dan Ayah. Tak pernah menengking orang tua dan hormat sesama kita. Mama terutamanya banyak memberi kata2 yang boleh guna dalan hidup sebagai remaja. Aku akui Mama dan Ayah pun melakukan kesilapan..tetapi cara pengajaran untuk kami adik beradik kadang kala tak kena. Kami juga kadang2 membetulkan apa yang salah. Help each other lah beb...baru boleh hidup ! Cara Ayah mengajar anak lain sikit. Aku bagi contoh laa... "Tia..kalau sebelum 30hb tiap2 bulan..bill phone kau kena sekat..Untuk bulan tu kau bayar sendiri SEPENUHNYA !'' Kalau Mama plak,''Ingat la Tia..Kalau kau susah kat SA tu...Mama Ayah jauh..kau selalu ingat Tuhan..Dia pengganti kepada kami. Apa2 call ye. Kecuali pasal DUIT ! Itu tak akan dilayan ! ''  hmmmmm :/  Itu caranya.. supaya aku lebih berdikari di masa hadapan. Dah sampai masanya untuk aku berhenti bermanja.

   Cara mengajar tu penting, Itu yang akan mengubah cara hidup seseorang tu. Mama pernah cakap, ''Kita ni hidup bercampur dengan orang. Toleransi tu penting.'' Pernah juga aku dengar sesuatu dari orang yang dah lama hidup dan mempunyai banyak pengalaman hidup ni. Beliau pernah berkata...Perangai seseorang tu tak boleh dipisahkan walaupun sampai mati.. Tapi masih boleh diperbaiki agar menjadi lebih baik satu hari nanti. Kita manusia masih belajar, belajar untuk hidup..... XOXO



Thursday 12 September 2013

Mencinta Dan Dicintai...eh

Post kali ni bukannya pasal cinta semata-mata. Cuma anak kampung nak bercerita pasal pengalaman cinta tak kira aku punya ataupun orang lain punya.. Cinta ? Apa tu ? makanan ek ? sedap tak ?? Okay..tu bukan orang tu yang cakap. Tipulah kalau zaman2 sekarang tak tahu apa tu cinta. Cinta dalam bahasa kampungnya ialah suatu perasaan yang indah dan sukar digambarkan melalui tulisan, lukisan mahupun syair... Kalau boleh digambarkan tu memang ajaib la gamaknya. 

    Aku selalu dengar dan melihat cinta di sekeliling aku. Pergi kemana sahaja..ada saja yang bercerita tentang cinta mereka. Elehh..kalau tak jalan mana2 pun boleh je nampak cinta itu berjalan. Nun haaa..kat emesyu unggul namamu...Majoritinya dah bercinta mahupun pernah mengalaminya. Kawan-kawan aku semua dah berpunya...sama ada secara sah atau tidak. (couple/kahwin) tapi yg penting semua dah berpunya. Masing2 ada jalan cerita sendiri. Tiap2 hari ada je yang aku lihat terpancar sinar bahagia di wajah2 mereka..ada juga muka2 runsing tatkala bergaduh dengan kekasih tercinta... Ate..Idokk le kemana nak gaduhnya tu. Alih2 baik jugakk..ye dakk ! Macam-macam ragam aku nampak bila kawan2 aku bercinta. Kadang2 aku yang jadi pengantaranya. Takpe la..jadi bidan terjun jap. Bukan selalu...dah la tak berbayar ! huhmmm. _-_ Ada jugak kawan2 aku yang bertukar pasangan 2-3 bulan sekali. Orang sebegini aku anggap sebagai seseorang yg sedang mencari cinta tapi dalam masa yang sama menghancurkan hato orang lain. Ada yang tak kurang hebatnya ..deme tak couple..tapi scandal...idokk le aku nak masuk campur~

   Aku ? Tanya pasal cinta anak kampung ni ? hmm :) Aku adalah orang paling noob (bodoh) dalam bab2 bercinta. Sebelum ni aku tak tau apa rasa cinta. Hati aku tak pernah disentuh oleh mana2 lelaki.. Tapi lepas masuk MSU baru aku dapat rasa apa tu keindahan cinta. Hati aku disentuh oleh seorang lelaki yang sebaya aku (19 thn).. kawan kepada kawan juga. Seperti orang lain juga.. diberikan kata2 manis..janji2 sehidup semati. Tetapi tak sampai ke destinasi, ianya mati ditengah jalan. Aku ditinggal tanpa alasan yang kukuh. Setiap manusia ada alasan sendiri. Tapi di mata aku..alasannya kerana dia adalah jenis yang mementingkan kawan. Deyyy ! Aku yang noob2 ni pun boleh bezakan masalah duit, cinta, dan masalah antara kawan ! Dia angkuh dan menganggap diri dah matang. Mimpi seperti raja yang suka mengembara mencari isteri laaa... Melalui perjalanan yang jauh dan sepanjang perjalanan tu mencari cinta la kononnya. Tapi sebenarnya seorang yang kasanova dan tidak menganggap hati seseorang wanita itu sebagai sesuatu yg perlu dijaga.

  Tapi..itu kisah lama aku. Terima kasih kepada dia kerana dia aku kini dah pandai dalam memilih cinta. Kesilapan pertama dah dibuat. Hanya jangan diulang lagi je kesilapan yang sama. Kukuhkan prinsip, jangan tergoda. Kuatkan iman, keraskan hati. Dalam tgh kuatkan diri ni..ada je yang datang memberi mcm2 cara.. ada yang cuba hulurkan tangan yg penuh dengan cinta..ada yang kata "Tak yah nak couple..scandal je banyak2 !'' Apa2 pun...diri kita ada pilihan..Ikut jalan yang betul atau hanyut di jalan yang salah....XOXO




Wednesday 11 September 2013

Fantasi Dan Realiti... Mana Satu

Hidup manusia ni penuh dengan warna-warninya. Setiap warna melambangkan sesuatu dan ada maksudnya tersendiri. Tak ada warna itu dicipta tanpa alasan. Begitu juga sesuatu kejadian itu. Takde yang terjadi tu tanpa sebarang alasan... 

  Macam biasa..kadang2 anak kampung suka post merapu. Kali ni cerita pasal fantasi dan realiti. Semua orang tahu kan apa tu fantasi. Aku takmo cakap bahasa Wikipedia kat sini...orang tak paham. Meh aku cite sikit maksud fantasi dalam bahasa kampungnya..iaitu sesuatu yang di create dalam imaginasi kita..yang membezakannya hanyalah antara sedar atau tidak sahaja.Sesetengah orang bila berfantasi tu ada yg sedar sepenuhnya..contohlaa.... Dia jalan2 nampak orang handsome..pastu dia berangan dia jatuh tangga..diselamatkan oleh lelaki itu. The End ~ Itu namanya berangan sekejap sementara berjalan2 tu kan..dari tak buat apa2.. Lagi satu fantasi ialah secara tak sedar... kita kasi satu contohlaaa... Dia dalam kelas..duk dengar2 lecturer yg garang membebel kat depan..tiba2 POPPP ! Tanpa disedari..dia dah start berangan. Dia berfantasi mcm mana agaknya kalau dia ajak Lecturer tu gi Karaoke ke..shopping ke. Tup tup kelas dah habis dah ! Haaa..sudahh. Tanda2 dia berangan tanpa sedar..dia termenung jauh. Kadang2 dia memandang tepat ke satu arah tapi pandangan itu kosong... Itulah maksud fantasi.. sesuatu yg bukan realiti..cuma BERANGAN JE LEBIH !

   Kalau realiti plak..dalam bahasa kampungnya..sesuatu yg betul2 terjadi...ini bukan cobaan..ini betul2. Realiti adalah yang paling ditakuti oleh manusia... sesetengah je la....Realiti ni dia takde sedar tak sedar..dia sepenuhnya sedar ! Okay la..bagi contohlaa.. Someone tu jalan kaki nak gi pasar...kat simpang dia nak melintas..tiba2 kena langgar ! Haaa...tu bukan fantasi dah tu dikk...tu realiti. Terpaksalaa hantar gi sepital...moral cerita ni..kalau nak melintas tu pandang kiri kanan dulu ye. Tapi kalau tak sedar2 jugak..tak tau la nak jadi apa Jah oiii ! Tapi realiti ni kita sebagai manusia kenalah hadapi sama ada suka atau tidak.

    Tapi bagi aku realiti ke fantasi ke.... sama je. Tapi orang ni selalu berharap biarlah fantasi tu menjadi realiti satu hari nanti. Ada yang mimpi jadi kaya..ada yang mimpi jadi genius. Aku anak kampung ni pun suka berangan. Berangan nak kahwin dengan anak orang kaya..nak jadi tuan puteri selama-lama dan lamanya... tapi bagi aku..tak guna bermimpi kalau takde usaha. Berangan tu kalau ditemani dengan usaha..Insyaallah...mesti membuahkan hasil yang cukup2 lumayan derr. Usaha dan tawakkal tu penting.....XOXO



Tuesday 10 September 2013

Musim Sejuk Di Malaysia

Siapa cakap Malaysia takde Musim Sejuk ? Anak kampung can prove it uollss~ Musim sejuk kat Malaysia selalu melanda bermula bulan Ogos sampai bulan November ...la kot.... XD Okay la apa2 je. Tapi Musim Sejuk kat Malaysia bukan diliputi salji ye cik kak.. Tapi diliputi dengan AIR HUJAN ! Time2 macam ni hujan memang sedap nokk. Sebagai student emesyu (MSU) yg hanya berjalan kaki dari rumah ke kampus sebenarnya boleh dianggap cabaran yang sangatlah hebat nye nye punnn ~ Cuba kalau ada kelas start dari pukul 12 pm onward..tak ke kena berjalan di bawah matahari yang terik dan sinaran UV yang bahaya. (ayat iklan gitu kau Jah.. ) Ye la... aku ni memang la berangan macam tuan puteri. Tapi takde la sampai nak kena ada orang ambik hantar mcm kawan2 yg lain. Aku jenis yang susah nak menyusahkan orang ni. Maklum la..dah diajar sebaik-baiknya. Tapi kalau ikut apa yg Mama kata "Kalau nak jadi setan..memang setan la kan. Tak leh nak ubah." Tapi aku bukan jenis setan yang terlebih setan. Aku cuma nakal je...suam2 nakal gitu...

  Sambung pada musin sejuk kat Malaysia ni. Kat sini takde salji...hujan adalah untuk kome2 ni main-main boleh la.. Kalau nak advanced pi berjoget sakan kat tengah2 hujan tu. Ala2 citer Hindustan kau ! Mula2 tu memang la sedap..lepas berbulan2 berjalan dalam kepanasan yang amat sangat kan. Dapat berjalan dalam cuaca yang elok sikit, nyaman lagilah sejuk..memang sedap berjalan. Tak berpeluh pun. Waaahhhhh ~ Rasa sepoi2 bahasa je time tu... Tapi makin lama..cuaca kat Malaysia ni makin lebih. Makin melampau2 ! Boleh dikatakan setiap hari hujan tak berenti. Hari2 menggigil kesejukan. Nak jadi apa ?! Tiap2 malam sejuk dia tu makin lama makin melampau. Dah macam belajar di perantauan. Kat luar negara gitu kau Jah oii ! Lebih2 lagi aku ni duduk apartment kat area MSU ni...udah le duduk pun level tinggi2...Lagi la...angin senang2 je lalu. Mana ada halangan kat depan la katakan... aduhhh ! Musim2 sejuk gini mana lah kita ada selimut lebih. Kadang2 dinding pun rasanya sama macam freezer kat rumah tu jugak.

 
    Paling teruk musim2 sejuk ni adalah bila kita nak mandi. Al maklumlaaa.... student mana la mampu nak beli water heater.. kalau sayang saya sudi2 la sponsor water heater sebijik ye. Lagi liat time2 sejuk macam ni kalau ada kelas kul 8. Kul 7 bangun..dengan takde water heater nya...jirus air dari kepala tetiba jerit " HOII ! SEJAK BILA BRUNSFIELD NI TUKAR JADI AIR TELAGA ?! '' Tak semena2..kau bergegar la lutut menahan sejuk di pagi hari. Pastu nak tambah teruk tadi malam kul 4-5 pagi hujan lebat.. Air kat Sg Damansara ni pun naik la.... rasa mcm kalau nak lompat berenang2 pun boleh.. Cuma yang slack sikit part warna ayaq tu la... warna ayaq teh susu . haha XD. Tapi apa2 pun hidup mesti diteruskan... Gi kelas macam biasa melainkan ada darurat. Akhir kata, watlek watpeace dalam mengejarkan sesuatu itu.... XOXO




Monday 9 September 2013

Pabila Kebosanan Melanda

 Post kali ni pasal anak kampung buat semasa dilanda kebosanan. Aku bukannya seorang yang sukakan kebosanan. Mana ada yang suka bosan2 ni. Tak ke pishang nanti ? Kalau kat kampung aku kalau bosan2 ni..ada je aktiviti yg dibuat. Kalau rasa nak main2 dengan siblings aku suka panjat pokok. Dulu kat rumah ada pokok mangga, pokok mata kucing, pokok kelapa. Aku panjat pokok ngan Kakak, Ain dan Adam. Siapa panjat paling tinggi dia menang. Tapi yang paling kelakar, bila dah lawan panjat2 ni tak reti plak nak turun. Dah kena hurung kerengga la bagai. haha XD ... Pastu kalau nak kreatif sikit kitaorang pasang la buaian kat dahan pokok mangga tu. Rembat kain pelikat Ayah...cabut tayar basikal dan itulah hasil yang inovatif dari kami. Pastu bila Ayah nak gi surau dicari-carinya kain pelikat dia. Tengok2 dah kena gantung kat dahan pokok mangga. Apa lagi....kami empat beradik dikejarnya keliling rumah ! Dulu masa kecik2 mana boleh bezakan mana yang betul dan salah. Mana kain buruk mana satu kain baru. Semua dirembatnya. Dulu masa kecik2 dah biasa kena kejar keliling rumah. Kena kejar dengan kayu sebab asyik main parit je.Tak reti nak naik mandi. (Yg ni masa kat kampung Mama kat Johor. Main2 dgn sepupu sepapat )

   Tapi sekarang lain. Usia makin dewasa. Dah jadi student universiti lagi. So aktivitinya lain sekali. Berjumpa kawan baru. Mengenal manusia mengenal cinta. Ahaksss ! Hidup berjauhan dengan keluarga bukannya semakin liar....tetapi semakin mematangkan kita. Belajar menyelesaikan masalah sendiri cabaran paling besar bagi seseorang yg sedang belajar hidup berdikari. Tatkala ada yang pergi dan muncul dalam hidup kita. Dari situ kita belajar menerimanya seadanya. Tapi tatkala kebosanan itu yang menjadi payahnya. Tak tahu nak buat apa. Kalau orang lain.."Kau boring2 baca ah buku" Ewahhh2..dia ingat kita ni apa? Robot. STUDY SMART BRO...NOT STUDY HARD.

   Aku kalau kat Shah Alam ni tengah2 boring selalunya keluar dengan kawan2. Kalau kawan perempuan, deme2 ni kalau boring...Apa lagi. Naik KTM, turun KL Sentral dan hala tujunya tak lain tak bukan Times Square atau Mid Valley. Perghhhhhh ! Shopping dari pukul 10 pagi sampai 10 malam ! Tak reti penat. Aku yang anak kampung ni pun dah boleh jadi Google Map untuk diaorg. Tapi kalau lepak dengan kawan2 lelaki..selalunya Mamak je. Tak pun Nasi Lemak Cinta Sayang, Mahsuri ataupun Hameed ! Depan Msu jerr. Kalau perempuan nak lepak..maunya mall sahaja ! Kalau aku kat rumah sorang2 tengah pishang tu..tak lain tak bukan duduk depan balkoni jerr. Melambai2 kat kapal terbang..tak pun kat kereta yang lalu lalang. Maklumlaa...balkoni menghadap jalan raya. Kalau boring jugak selalunya menyanyi la kau depan TV tu. Feeling sendiri.... XOXO


Sunday 8 September 2013

Monday StartingForEveyone

Isnin oh Isnin. Permulaan kepada hari2 yang sibuk. Dah habis rehat-rehatkan badan time Ahad, sekarang masa untuk buat rutin biasa semula. Ada yang kerja, ada yang sekolah. Ada yang pegi kelas. Aku pun sama spesis macam deme2 ni semua. Hari Isnin ni jadual kelas paling boring. Satu kelas je ! Tak pernah mana2 universiti berprestij buat cenggini. Ate...nak buat macam mane. Idokk le nak membantahnya. XD Kelas aku kelas IT. Sorry la....Aku dah pakar pasal IT ni... mentang2 dah expert time sekolah. Berlagak ye kau Tia ! Amboiii kemain kau ~

    Hari2 indah kat Malaysia ni, rakyat2 sekalian selalu mulakan hari pagi yang ceria. Ada yang mula dengan sembahyang Subuh dulu, ada yang buat kopi, ada yang berjoging dulu, ada gak yang main Dota dulu ! Tak gitu cik Jah ~ Tapi aku .... mencoret di awal pagi pukul 4.05 minit pagi. Sebenarnya tak boleh tido. Saja buat coretan untuk dicoret2 kan.. Bagi anak kampung macam aku ni..selalunya dah ke sawah dah. Eh ! Aku duk bandar la....sepatutnya sekarang ni aku tidur..esok kelas ! Haha. Nama pun student. Tapi aku tahu Mama Ayah letak harapan kat aku. Tapi harapan tu terlalu tinggi. Aku pun tak pasti lagi mcm mana sekarang ni. Tapi aku akan berusaha dan terus berusaha sampai berjaya. Aminnn.

   Hidup di kota ni banyak cabarannya. Lebih2 lagi aku si anak kampung ni. Macam dugaan yang harus ditempuh bukan sedikit..banyak ! Kalau dihitung duka aku lebih banyak dari suka. Jujur aku coretkan aku jumpa dan rasa air cinta itu bila di sini. Rasa pahit manisnya sukar diungkapkan. Tapi Allah sayang aku. Dia putuskan aku dengan si dia kerana nak menjaga kehormatan aku dan ingin jodohkan aku dengan seseorang yang lebih baik. Itu hal yang pertama. Yang kedua pulak kat kota yg penuh ranjau berduri ni ialah DUIT ! Dah la aku gila duit. Ditambah lagi masalah duit. Yelaa..nama pun anak kampung. Bukan orang senang. Tapi setiap hari Isnin adalah penyeri dalam hidupku iaitu panggilan telefon dari Mama yg mengatakan "MAMA DAH BANK-IN DUIT MAKAN YE. KAU JIMAT2 LA KAT SANA" . Aku pun melompat kegembiraan la....tapi lompatan tu tak lama...asal weekend je duit habis. Terpaksa tunggu minggu depan. Haihhh... Tapi kita sebagai manusia harus bersyukur dengan apa yang kita ada. Mama pernah pesan. "Bila kita susah..ingat, ada yang lagi susah dari kita. Bila kita sakit, ingat ada yang lagi sakit dari kita. Dan selalulah ingat Allah takkan menduga Umatnya kalau DIA tahu kita tak boleh menanggung bebannya." XOXO



Aku Anak Malaysia

 Malaysia. Ada yg kenal negara ni ada yang tak kenal. Tetapi ramai yang kenal. Negara ni ada lebih kurang 28 juta rakyat berbilang kaum dan aku salah satunya. Negara aku ni Malaysia, baru je nak membangun. Belum 100 peratus maju lagi. BTW nama aku Tia Sophian. Boleh pangil Tia saja. Hidup dalam keluarga yang sederhana. Tak pernah meminta-minta dalam hidup dan tak pernah diajar biadap dengan orang. Mama gaya seperti Ustazah ..Ayah pula garang...sangat garang. Kami bukanlah keluarga yang happily ever after tapi masih lagi megekalkan adat2 Melayu dan budaya Malaysia. Tujuan aku tulis blog ni bukan untuk menunjuk-nunjuk...tapi untuk berkongsi kisah hidup aku yang tak berapa seronok ni.

  Dilahirkan pada tahun 1994, puteri kedua dari 4 beradik. Sekarang belajar di emesyu unggul nama mu. (MSU, Shah Alam). Bukan tak nak masuk IPTA...Tapi kerajaan sendiri cakap aku tak layak nak masuk. Nak wat mcm mana kan. Takde rezeki. Lahir di Johor membesar di Perak. Rumah aku hanyalah rumah kampung buruk sahaja. Tapi mak ayah takdelah kerja kampung juga. Mama cikgu..Ayah kerja driver forklift kat TLDM. Alhamdulillah.....janji ada rezeki halal.

  Dari dulu aku suka berangan. Berangan2 nak jadi tuan puteri la katakan. haha XD Sampai sekarang masih lagi macam anak raja. Kat rumah aku dilayan macam anak raja. Tak perlu buat apa2 pun. Duk rilek je. Tapi dari kecik lagi sikap aku paling tak boleh diubah ialah aku suka DUIT. Dah tak boleh cakap apa2 dah..memang duit je yang boleh bagi aku happy. Tapi jangan salah faham. Kasih sayang mengatasi segala-galanya. Nanti bila2 aku sambung lagi ye. XOXO