Monday 12 May 2014

Crush Or Too Rush ?

Trenggg teng teng teng teng !!! Assalamualaikum anak2 ~ Lama Mama tak jenguk blog ni. Wahaha, Maap le. Ada banyak lagi kerja yang lagi penting dari ni nakk. Ni kira mcm tempat luah pewasaan jerrrr ~ Well nama pun kita nak gosip pasal crush karnnn.

    Crush oh crush ! Aku... ingat ingat lupa macam mana aku suka crush aku dulu. Time tu kat sekolah menengah... pastu ada satu budak lelaki ni kan... nama dia G. He's a Chinese. Aku ni racist sikit. Sebab tu aku suka Race lain. wahahahaharrr. Dia ni takde la handsome mana. Tapi dia ada satu senyjman tu yang sangat... sangat... haaaaaaa ~~~~ Tapi satu je la yang slek sikit. Dia ni pun ramai peminat. TAPI masa aku mula2 suka dia. Aku sorang je peminat dia. Lepas aku suka semua nak suka apa pasal ?!!! Takleh tengok aku hidup tenang ke macam mana ?! G bukan la jenis yang suka bersukan. Tak pernah pulak aku tengok dia lumba lari ke.. lompat tinggi ke kat sekolah tu. Dia dulu Rumah Biru ( Gong Diong Chang) Aku pulak Rumah Merah (Raja Shariman). Haihhh takde jodoh kami nak rumah sama kann. Aku ni aktif sukan tapi dia tak. Takpe... tak kisah. Masa rehat pulak dia jarang gi kantin. Aku? Kantin tu rumah kedua aku. Budak gemuk yang suka makan la katakan.... Tapi demi nak tengok dia, kadang2 aku tak gi kantin. Aku sanggup tak makan semata2 nak tengok dia tau ! Kalau nak gi tandas, kelas aku ngan tandas tu straight jerr. Tapi demi nak usha dia.. aku pusing nun jauh semata2 nak lalu kat kelas dia. Amboiiiii.... khusyuk sungguh belajar. Aku ngan dia selang setahun. Aku Form 4 dia Form 5. Setiap kali kitaorang selisih.. mata bertentang mata... aishhhhh !!! Rasa macam dia tahu je aku suka dia. Malu gila. Now kitaorg dah tak berjumpa. Tengok laaa aku kat mana.. dia kat mana. Tapi harap sangat boleh jumpa dia satu hari nanti.

     La ni... nak crush merush kat sini zaman sekarang ni lagi2 kat tempat aku ni. Mmang tak la benda tu nak jadi sebuah rahsia ! hahaha. Sekarang ni semua dah open minded. Perempuan ke lelaki ke sama je. Semua pakai main luah perasaan je.  Couple dua tiga bulan putuih ! Tapi kalau yang betul2 serius.... nu haaaaaa. Dia propose hang kat U-Globe MSU unggul namamu tu haaaaa ! Romantik tak romantik cenggitu. Impian setiap wanita. Tapi kalau tanya aku.. aku lebih suka crush. Tak nak too rush in making a relationship bak kata omputeh kat luaq sana. Sebab ? Sebab hati saya haluih sensitip. Kalau boleh biarlah yang sifatnya bertentangan ngan saya. Kalau boleh biarlah orangnya rajin, baik, gentleman, ekonomi stabil dan handsome. Al maklum laaaaaaaaaa.. paham2 je la aku ni macam mana.

     Tapi apa apa pun kita kena mantapkan diri kita fizikal dan mental dalam mengharungi ranjau percintaan yang seperti Mawar yang wangi tapi hati2 lah kerana ianya berduri. Takut terluka diri tu nanti... XOXO




                                  - Ni Street Art kat Sek 2, Shah Alam. Lepas hangpa photoshoot bagai boleh la pekena ABC Fradoo disini juga ye -

Tuesday 18 February 2014

KEBAIKAN DIBALAS KEBAIKAN

  Yo Aulo !!!! Lamanya tak update *tiup habuk blog  Ya Ampun. Maafkan Beta rakyat jelata sekaliannya punnn. Beta sibuk dengan kerja2 di luar rumah seperti berangkat ke kelas. Bersemayam di luar (maksud; lepak ngan kawan2)  Time tengah update belog kesayangan pun Beta tengah menyiapkan slideshow for tomorrow presentation. Haduiiiii ! Manyak kerja.  Sebenarnya. . . . Laptop Beta pecah nokk !! Screen dia retak. Tu yang lama tak mengupadate benda alah ni. Ni pun pinjam roomate punyaaaaa. *eheheheh


   Mari bincangkan topic kali ni. Teman bukan apa... Nak kongsi pengalaman sajeeeeee ~ Baru2 ni Aku gi buat RCT for my gigi lah. Buat kat mana ? Ouhh jangan ditanya. . . jauh teman merantau tau semata2 nak buat treatment gigi ni. Teman gi buat treatment tu kat KLiDC. Kat mana ? Area KLCC. Aku ni dah leww dari Shah Alam. No car. No Boyfriend. Know Nothing pulak tu. Tapi atas semangat berdikari aku gagahkan mental dan physical aku redah semua tu. Tapi jujur cakap aaaa. AKU TRAVEL ALONE AND ITS AWESOME !! First time aku naik LRT *wuuuuuuuu . Selalu naik KTM jaaaa. Monorel jaaaa. Kali ni naik LRT. wuuuuuu ~ Naik KTM dari Shah Alam sampai KL Sentral. Lepas tu naik LRT tu gi KLCC. wuuuu. (p/s : kalau salah namanya maafkan saya ye ) Turun situ naik teksi gi KLiDC. wiwiwiwi. Tapi yang bestnya tu kita jauh berjalan luas pemandangan. Tak gitu jahhhh ? Jalan keliling KLCC tu sensorang. Aku memang berani. Jangan asyik nak menyusahkan orang atas masalah kau sendiri.  HIDUP KENE BERANI !


     Cakap pasal kebaikan dan kebudimanan. Aku jumpa banyak orang yang baik2 sepanjang aku travel alone tu. First sekali aku jumpa Pak Cik Teksi yang baik. Dia kalau orang lain dah sampai destinasi, dia berenti tepi. Suruh lintas sendiri je. Tapi aku dia hantar sampai depan tempat tu tengok sampai aku naik kat KLiDC tu. Aku tanya kenapa? Dia jawab ; '' You baik. I tengok you orang baik. Saya jadi susah hati mau tengok You lintas ini jalan. Saya kasi hantar sampai depan. " Mungkin sebab layanan dan pertolongan (yang tak nak aku sebut kat sini) membuatkan dia balas sebegitu sekali. Yang kedua pulak, aku jumpa sorang Pak Cik Teksi Eksekutif ni (Teksi Biru kami panggil ). Mulanya tak nak naik sebab mahal. Duduk je dah 6 hinggit ! Matilah kau Nak nak bayarnya... Tapi fikir dia pun nak cari rezeki takpe laaa . .  Tutup sebelah mata je. Dalam teksi tu sembang la cakap asal mana, belajar kat mana, cakap pasal ekonomi di Malaysia. Sampai dekat KLCC(nak turun amik LRT plak) Dia cakap, ''Tak payah bayar la adik . . . Saya kasi halal. " Omaigoddddd !!! Tambang dia cecah RM10.00 tau ! Tapi dia tak kisah. Maybe dia tengok muka aku ni innocent ke baik ke. *puji diri sendiri #eh 


     Dari situ aku dah nampak yang dekat bandar yang penuh duka nestapi ni pun masih ada kebaikan lagi. Ya. Memang ramai yang cakap. Jangan percaya orang sangat zaman sekarang ni. Aku ni memang jenis yang cepat percaya orang.  Tapi bagi aku. Allah kan ada. Kalau niat kita ni ikhlas, jujur, bersih suci dan murni Allah tu akan melindungi kita walau dimana saja kita berada. Kalau kita buat kebaikan even satu kebaikan sekalipun seumur hidup kita, Insyaallah . . . akan ada orang balas kebaikan kita tu suatu hari nanti . . . XOXO





I made something for Doctor kesayangan saya. Hope she will like it !

Tuesday 14 January 2014

AZAM 2014. Wiwiwiwiwi ~

 Happy New Year pipol !!! Masih tak terlambat nak wish tahun baru kan. Al maklum laaa.. Beta sibuk awal2 tahun baru ni. Mid-sem la katakannn.... Mid-sem lagi penting dari benda lain hokayyy as a student. (Dah tengah bulan baru nak wish... --' )  Ouhh ! Saya dah 20 TAHUN !! Yeayyyy ! Boleh kawin. #ehh

    Dah dua dekad aku hidup dah rupanya. (Bagi sesiapa yang tak tahu dekad tu apa sila Googleyy ) Tapi macam- macam yang aku dapat dalam hidup ni. Kedukaan mahupun kebanggaan semua dikecapi dan digenggam dengan jayanya. Ececewahh ! Gitu. Teman takmau la cerita banyak2. Nanti penat hangpa scroll kan. Ye dakk ?! Banyak azam tahun lepas yang dapat teman penuhi. Tapi ada yang tidak. Tiap-tiap tahun ni kita semua ada azam baru. Tapi dekat tengah tahun terus lupa apa azam kta. Tipu la kalau kome ingat semua azam korang dan tunaikan semua sekali kan. Mesti ada 2 3 sangkut tengah jalan punya. Bagi Beta pulak, azam tahun lepas biarlah ianya rahsia. Biar Beta sorang je yang tahu hokayy ~ Heyyy ! Barang yang lepas jangan dikenang-kenang. Bak kata pepatah, Throw the bad water, pick the clear one. Gituwww ! Maap le... Inggerih teman selow sikit. Hewhewhew ~ Tutup buku lama, bukak buku baru.


  Ni saya nak cerita pasal Azam Dua Kosong Satu Empat saya. Tak banyak azam saya. Ambil yang penting2 sahaja. Yang pertama, nak cepat habis belajar ! Cepat la habis. Tak tahan hoiiii. Penat otak ni bekerja dah. Yang kedua pulak, saya nak boyfriend boleh ? aaa.... aluuunyaaaaaaa ! haha. okay. tu gurau ! Yang ketiga pulak saya nak sambung Degree dalam jurusan Mass Comm. No seriously ! Aku lebih suka Mass Comm bukan sebab nak mengejar bidang glamour tu bagai. Aku memang jenis yang suka bercakap. Suka communicate dengan orang. Suka senyum dan suka bila rasa confident. Haha entah la kenapa. Aku bukan jenis orang yang duduk dalam bilk yang sunyi dan suram dengar masalah orang. And that totally not me babeh ! Not me ~ Azam yang terakhir plak.. (Biar azam sikit. senang nak capai. Banyak2 kang tak terlarat nak mencapainya) OOUHH MAMA ! SAYA MAHU KAHWIN ~ KAHWIN DENGAN SIAPA ~ DENGAN ANAK RAJA ! hahahaha. Cita2 saya nak kahwin dengan anak raja. Dari kecik lagi itu memang impian saya. Kenapa ? Nanti hidup senang dikk. Takyah nak susah payah berkerja ye dakk. Laki ko anak raja. Tak senang hidup kau nanti ?  (Tapi hidup ni berdasarkan reality. Jadi tak dapat anak raja, anak Tan Sri pun boleh laaa... ) Apa-apa pun hidup kene ada pegangan prinsip. Jangan sibuk quote hidup orang lain tapi hidup sendiri tak terjaga . . .  XOXO