Wednesday 11 September 2013

Fantasi Dan Realiti... Mana Satu

Hidup manusia ni penuh dengan warna-warninya. Setiap warna melambangkan sesuatu dan ada maksudnya tersendiri. Tak ada warna itu dicipta tanpa alasan. Begitu juga sesuatu kejadian itu. Takde yang terjadi tu tanpa sebarang alasan... 

  Macam biasa..kadang2 anak kampung suka post merapu. Kali ni cerita pasal fantasi dan realiti. Semua orang tahu kan apa tu fantasi. Aku takmo cakap bahasa Wikipedia kat sini...orang tak paham. Meh aku cite sikit maksud fantasi dalam bahasa kampungnya..iaitu sesuatu yang di create dalam imaginasi kita..yang membezakannya hanyalah antara sedar atau tidak sahaja.Sesetengah orang bila berfantasi tu ada yg sedar sepenuhnya..contohlaa.... Dia jalan2 nampak orang handsome..pastu dia berangan dia jatuh tangga..diselamatkan oleh lelaki itu. The End ~ Itu namanya berangan sekejap sementara berjalan2 tu kan..dari tak buat apa2.. Lagi satu fantasi ialah secara tak sedar... kita kasi satu contohlaaa... Dia dalam kelas..duk dengar2 lecturer yg garang membebel kat depan..tiba2 POPPP ! Tanpa disedari..dia dah start berangan. Dia berfantasi mcm mana agaknya kalau dia ajak Lecturer tu gi Karaoke ke..shopping ke. Tup tup kelas dah habis dah ! Haaa..sudahh. Tanda2 dia berangan tanpa sedar..dia termenung jauh. Kadang2 dia memandang tepat ke satu arah tapi pandangan itu kosong... Itulah maksud fantasi.. sesuatu yg bukan realiti..cuma BERANGAN JE LEBIH !

   Kalau realiti plak..dalam bahasa kampungnya..sesuatu yg betul2 terjadi...ini bukan cobaan..ini betul2. Realiti adalah yang paling ditakuti oleh manusia... sesetengah je la....Realiti ni dia takde sedar tak sedar..dia sepenuhnya sedar ! Okay la..bagi contohlaa.. Someone tu jalan kaki nak gi pasar...kat simpang dia nak melintas..tiba2 kena langgar ! Haaa...tu bukan fantasi dah tu dikk...tu realiti. Terpaksalaa hantar gi sepital...moral cerita ni..kalau nak melintas tu pandang kiri kanan dulu ye. Tapi kalau tak sedar2 jugak..tak tau la nak jadi apa Jah oiii ! Tapi realiti ni kita sebagai manusia kenalah hadapi sama ada suka atau tidak.

    Tapi bagi aku realiti ke fantasi ke.... sama je. Tapi orang ni selalu berharap biarlah fantasi tu menjadi realiti satu hari nanti. Ada yang mimpi jadi kaya..ada yang mimpi jadi genius. Aku anak kampung ni pun suka berangan. Berangan nak kahwin dengan anak orang kaya..nak jadi tuan puteri selama-lama dan lamanya... tapi bagi aku..tak guna bermimpi kalau takde usaha. Berangan tu kalau ditemani dengan usaha..Insyaallah...mesti membuahkan hasil yang cukup2 lumayan derr. Usaha dan tawakkal tu penting.....XOXO



0 comments:

Post a Comment