Sunday 8 September 2013

Aku Anak Malaysia

 Malaysia. Ada yg kenal negara ni ada yang tak kenal. Tetapi ramai yang kenal. Negara ni ada lebih kurang 28 juta rakyat berbilang kaum dan aku salah satunya. Negara aku ni Malaysia, baru je nak membangun. Belum 100 peratus maju lagi. BTW nama aku Tia Sophian. Boleh pangil Tia saja. Hidup dalam keluarga yang sederhana. Tak pernah meminta-minta dalam hidup dan tak pernah diajar biadap dengan orang. Mama gaya seperti Ustazah ..Ayah pula garang...sangat garang. Kami bukanlah keluarga yang happily ever after tapi masih lagi megekalkan adat2 Melayu dan budaya Malaysia. Tujuan aku tulis blog ni bukan untuk menunjuk-nunjuk...tapi untuk berkongsi kisah hidup aku yang tak berapa seronok ni.

  Dilahirkan pada tahun 1994, puteri kedua dari 4 beradik. Sekarang belajar di emesyu unggul nama mu. (MSU, Shah Alam). Bukan tak nak masuk IPTA...Tapi kerajaan sendiri cakap aku tak layak nak masuk. Nak wat mcm mana kan. Takde rezeki. Lahir di Johor membesar di Perak. Rumah aku hanyalah rumah kampung buruk sahaja. Tapi mak ayah takdelah kerja kampung juga. Mama cikgu..Ayah kerja driver forklift kat TLDM. Alhamdulillah.....janji ada rezeki halal.

  Dari dulu aku suka berangan. Berangan2 nak jadi tuan puteri la katakan. haha XD Sampai sekarang masih lagi macam anak raja. Kat rumah aku dilayan macam anak raja. Tak perlu buat apa2 pun. Duk rilek je. Tapi dari kecik lagi sikap aku paling tak boleh diubah ialah aku suka DUIT. Dah tak boleh cakap apa2 dah..memang duit je yang boleh bagi aku happy. Tapi jangan salah faham. Kasih sayang mengatasi segala-galanya. Nanti bila2 aku sambung lagi ye. XOXO

0 comments:

Post a Comment