Thursday 19 September 2013

Gila TV Kah Aku ?

Post kali ni kita cakap pasal TV plak. Tapi idokk le nak cakap pasal Tv warna ke..jenama apa ke. Tapi nak cakap pasal channel yg dipaparkan kat TV tu sendiri. Aku bukan la keluarga yang berada. Jadi kami takde la Astro mastro tu bagai. Yang ada channel percuma sahaja. TV3 itu wajib. Takde tu ntah jadi apa la nanti. haha XD. RTM 1,2 8TV, NTV7... TV9 jadi peneman kami dalam hidup sehari-hari.

    Dari kecik lagi aku ni jenis yang memang suka tengok TV. Tak tahu la kenapa mengapa aku memang mcm tu. Dulu time kecik2 suka tengok citer. Dan ofkos la citer kartun. Yang paling diminati antaranya ialah Sailormoon, Disney's Cartoon, Dragon  Ball (Yang ni Kakak memang minat gila. Terutamanya karakter Goku tu.) Totally Spies and macam2 lagi la. Kalu cerita drama ke series ke, aku suka tengok citer Cili Padi (Ni memang citer wajib TV3), Melodi yang ada Kak Ogy tu. Ada Apek Saiful tu. (Tengok Melodi ni pun memang cerita wajib Mama) Pastu kul 3 petang every day mesti ada telenovela. First2 tu citer Rosalinda Ayamo..pastu barula citer2 lain plak. Itu lah antara kegilaan kami sekeluarga tengok citer. Tapi Ayah lain. Dia cuma nak tengok TV bila time Buletin Utama je. Dan satu lagi..TAK BOLEH KACAU TV KALAU AYAH TENGAH TENGOK BOLA!! Itu paling penting. Tapi Bila ayah tengok bola dia bising...gol sana la..gol sini la...Jadi kami sekeluarga ambil inisiatif dengan membeli lagi 3 biji TV untuk letak dalam bilik masing2...

   Tapi kalau bab TV ni aku laju je. Tak tahu la kenapa. Ate...teman ni memang suka nengok nivi(tv) dari dulu lagi. Kome cakap je nak cerita ke segmen apa..teman tahu semua tu. Teman paling mesra dan dekat dengan TV3..kome cakap je nak citer apa..dari pukul 6.30 pagi sampai 6.30 pagi esoknya...teman laju je menjawabnye.. Haaa..kau nak apa. MHI, Azalea, Lestary, Samarinda, Cerekarama.. haaa...apa lagi Pearl Screen, Nona, Berita 1.30..haaa aku tau semua tu. Sebenarnya ada dua sebab kenapa aku jadi arif sangan bab2 TV ni (tapi pelajarannya idokk !!) Yang pertama, sebab aku memang suka dengan jalan cerita yang dipaparkannya tu, drama2 Melayunya memang menusuk kalbu ! Biasalaaaa...ceghita oghang melayu...gitu je le... Yang kedua pulak, sebab aku memang banyak sangat masa yg terluang. Dari dibuang begitu je..better aku buat perkara yg bermanfaat..mcm....tengok TV ke. haha ! Tapi apa2 pun bagi aku TV tu bermanfaat..at least aku tahu perkembangan terkini. Takde la nak menghadap Social media sangat.......XOXO






0 comments:

Post a Comment