Friday 13 September 2013

Ini Caranya Kalau Nak Mengajar

Post hari ni pasal mengajar manusia menjadi lebih baik. Sepanjang aku di perantauan ni.. (ecececehh..perantauan sangat. Padahal Perak-Shah Alam jerr ) aku pun tak terkecuali dalam melakukan  kesilapan. Bukan sedikit..tetapi banyak. Tapi kesilapan lah yang mematangkan kita. Bukan makin menghancurkan kita. Tapi setiap kali manusia melakukan kesilapan..ada saja manusia lain yg nak mengajarnya. Yang membezakan hanyalah cara mengajar, sama ada betul atau tidak.

    Aku melihat pelbagai ragam manusia dalam melakukan kesilapan. Ada yang boleh di undur..ada yang tidak. Tapi setiap kesilapan boleh di maafkan walaupun sekecil zarah sebesar gajah. Tapi aku melihat ramai juga manusia yg mengajar dengan cara yang salah. Ada yang seorang rakan melakukan kesilapan secara tak sengaja dan akhirnya rakan2 lain bertindak memulaukan dia. Tanpa sebarang bicara mahupun penjelasan yang kukuh.. dia ditinggalkan begitu sahaja. Pernah dengar tak pepatah bandor ni.. Ate.. ''When someone stop talking to you, they start talking behind you.'' Ate....teman blajo dari kawan2 bandor teman yang super modern..ce mane ~  Selain tu juga, ada juga rakan yang melakukan kesilapan dalam hidup. Lalu datang mak ayahnya memaki hamun anaknya depan rumah..depan emesyu..dekan kawan2. Ini adalah bukan cara mengajar yang betul ye tuan2 dan puan2...

   Cara yang boleh kita guna dan paling senang ialah dengar menegur setiap kesalahan. Bukan dengan cara memulau memaki hamun ye dikk. Aku anak kampung ni ..alhamdulillah diajar dengan baik oleh Mama dan Ayah. Tak pernah menengking orang tua dan hormat sesama kita. Mama terutamanya banyak memberi kata2 yang boleh guna dalan hidup sebagai remaja. Aku akui Mama dan Ayah pun melakukan kesilapan..tetapi cara pengajaran untuk kami adik beradik kadang kala tak kena. Kami juga kadang2 membetulkan apa yang salah. Help each other lah beb...baru boleh hidup ! Cara Ayah mengajar anak lain sikit. Aku bagi contoh laa... "Tia..kalau sebelum 30hb tiap2 bulan..bill phone kau kena sekat..Untuk bulan tu kau bayar sendiri SEPENUHNYA !'' Kalau Mama plak,''Ingat la Tia..Kalau kau susah kat SA tu...Mama Ayah jauh..kau selalu ingat Tuhan..Dia pengganti kepada kami. Apa2 call ye. Kecuali pasal DUIT ! Itu tak akan dilayan ! ''  hmmmmm :/  Itu caranya.. supaya aku lebih berdikari di masa hadapan. Dah sampai masanya untuk aku berhenti bermanja.

   Cara mengajar tu penting, Itu yang akan mengubah cara hidup seseorang tu. Mama pernah cakap, ''Kita ni hidup bercampur dengan orang. Toleransi tu penting.'' Pernah juga aku dengar sesuatu dari orang yang dah lama hidup dan mempunyai banyak pengalaman hidup ni. Beliau pernah berkata...Perangai seseorang tu tak boleh dipisahkan walaupun sampai mati.. Tapi masih boleh diperbaiki agar menjadi lebih baik satu hari nanti. Kita manusia masih belajar, belajar untuk hidup..... XOXO



0 comments:

Post a Comment