Thursday 12 September 2013

Mencinta Dan Dicintai...eh

Post kali ni bukannya pasal cinta semata-mata. Cuma anak kampung nak bercerita pasal pengalaman cinta tak kira aku punya ataupun orang lain punya.. Cinta ? Apa tu ? makanan ek ? sedap tak ?? Okay..tu bukan orang tu yang cakap. Tipulah kalau zaman2 sekarang tak tahu apa tu cinta. Cinta dalam bahasa kampungnya ialah suatu perasaan yang indah dan sukar digambarkan melalui tulisan, lukisan mahupun syair... Kalau boleh digambarkan tu memang ajaib la gamaknya. 

    Aku selalu dengar dan melihat cinta di sekeliling aku. Pergi kemana sahaja..ada saja yang bercerita tentang cinta mereka. Elehh..kalau tak jalan mana2 pun boleh je nampak cinta itu berjalan. Nun haaa..kat emesyu unggul namamu...Majoritinya dah bercinta mahupun pernah mengalaminya. Kawan-kawan aku semua dah berpunya...sama ada secara sah atau tidak. (couple/kahwin) tapi yg penting semua dah berpunya. Masing2 ada jalan cerita sendiri. Tiap2 hari ada je yang aku lihat terpancar sinar bahagia di wajah2 mereka..ada juga muka2 runsing tatkala bergaduh dengan kekasih tercinta... Ate..Idokk le kemana nak gaduhnya tu. Alih2 baik jugakk..ye dakk ! Macam-macam ragam aku nampak bila kawan2 aku bercinta. Kadang2 aku yang jadi pengantaranya. Takpe la..jadi bidan terjun jap. Bukan selalu...dah la tak berbayar ! huhmmm. _-_ Ada jugak kawan2 aku yang bertukar pasangan 2-3 bulan sekali. Orang sebegini aku anggap sebagai seseorang yg sedang mencari cinta tapi dalam masa yang sama menghancurkan hato orang lain. Ada yang tak kurang hebatnya ..deme tak couple..tapi scandal...idokk le aku nak masuk campur~

   Aku ? Tanya pasal cinta anak kampung ni ? hmm :) Aku adalah orang paling noob (bodoh) dalam bab2 bercinta. Sebelum ni aku tak tau apa rasa cinta. Hati aku tak pernah disentuh oleh mana2 lelaki.. Tapi lepas masuk MSU baru aku dapat rasa apa tu keindahan cinta. Hati aku disentuh oleh seorang lelaki yang sebaya aku (19 thn).. kawan kepada kawan juga. Seperti orang lain juga.. diberikan kata2 manis..janji2 sehidup semati. Tetapi tak sampai ke destinasi, ianya mati ditengah jalan. Aku ditinggal tanpa alasan yang kukuh. Setiap manusia ada alasan sendiri. Tapi di mata aku..alasannya kerana dia adalah jenis yang mementingkan kawan. Deyyy ! Aku yang noob2 ni pun boleh bezakan masalah duit, cinta, dan masalah antara kawan ! Dia angkuh dan menganggap diri dah matang. Mimpi seperti raja yang suka mengembara mencari isteri laaa... Melalui perjalanan yang jauh dan sepanjang perjalanan tu mencari cinta la kononnya. Tapi sebenarnya seorang yang kasanova dan tidak menganggap hati seseorang wanita itu sebagai sesuatu yg perlu dijaga.

  Tapi..itu kisah lama aku. Terima kasih kepada dia kerana dia aku kini dah pandai dalam memilih cinta. Kesilapan pertama dah dibuat. Hanya jangan diulang lagi je kesilapan yang sama. Kukuhkan prinsip, jangan tergoda. Kuatkan iman, keraskan hati. Dalam tgh kuatkan diri ni..ada je yang datang memberi mcm2 cara.. ada yang cuba hulurkan tangan yg penuh dengan cinta..ada yang kata "Tak yah nak couple..scandal je banyak2 !'' Apa2 pun...diri kita ada pilihan..Ikut jalan yang betul atau hanyut di jalan yang salah....XOXO




0 comments:

Post a Comment