Friday 20 September 2013

Bahasa Jiwa Manusia

Aku bukan la seorang puitis yang bijak berpuisi, bukanla seorang srikandi yang bijak bermain pantun, bukan la seorang Siti Zubaidah yg merdu bersyair. Aku cumalah seorang anak kampung yang belajar hidup sendiri di dunia ini. Kali ni bukan nak bercakap tentang aku. Tapi ingin bercakap tentang bahasa. Bahasa, ada apa dengan bahasa ? Okay la..bagi aku bahasa itu adalah sesuatu yg selalu digunakan antara orang lain dengan orang lain. Bahasa tu hanya akan berguna bila dapat difahami secara bersama.


    Macam tajuk aku, bahasa jiwa manusia. Bahasa juga melambangkan keperibadian seseorang itu. Bukan bahasa jiwa bangsa ye..sebab bagi aku, bangsa hanyalah sekadar nama dan warna kulit sahaja. Tapi bukan melambangkan bahawa jiwa semua warna kulit yang sama itu haruslah sama. Aku ...Anak kampung dididik sebaik-baik manusia. Tak pernah diajar untuk tidak berbudi bahasa didepan orang. Bila di kampung guna bahasa lain. Tapi bila sampai di bandar lain juga bahasanya. Boleh dikatakan semua nak cakap omputih. Biar berterabur nyebutnya...jangan tak gheti langsung. Ate...teman oghang kampong....mane gheti cakap bandorr. Taunya Yes No tu je le...Tak kuasa deme layan. Tapi ada persamaannya yang tersendiri antara bandar dengan kampung. Salah satunya ialah bila deme nak cakap benda tak elok. Kome paham2 je la..ye dakk.. cuma di kampung nyebut dalam bahasa Melayu. Kat bandor banyak yang nyebutnya dalam bahasa omputih. Tapi bila aku sendiri berjalan dengan sahabat2 tercinta, bila terdengar seseorang menyebut sesuatu yang tak elok. Aku...cuma diam. Tapi sahabat yang tercinta mula bersuara, 'Eeee..apalah budak tu! Kecik2 dah pandai cakap mcm tu. Dah la pakai tudung. cakap mcm orang takde agama!" Aku......cuma diam.


     Tapi bagi pendapat aku. (sape je la yang nak dengar pendapat orang kampung ni...tak layak nak bersuara) Sebaik2 manusia bukanlah manusia yang menegur secara kasar tetapi menegur dalam bahasa lembut. Dan, bagi aku la... tak semestinya bila seseorang itu bercakap @#$%^ hatinya pun begitu. Pernah dengar tak... Terimalah nasihat walaupun ianya dari seorang pelacur. sifatnya tak sama dengan keperibadiannya, Dia pelacur tetapi nasihatnya amat mendalam dan boleh mengubah hidup orang lain. Begitu juga dengan bahasa. Bahasa seseorang itu sometimes tak sama dengan jiwanya. Walaupun dia berbudi bahasa macam mana sekalipun, tetapi bila dia terluka sekali. Habis satu dunia digoncangnya ! Dendam dia membara seperti api yang tak tahu makna panas yg bisa ditahan oleh mana2 manusia di muka bumi ini. Begitu juga dengan manusia yang bahasanya amatlah "cantik". Walaupun begitu, hatinya baik, ikhlas dalam membuat sesuatu perkara itu. Tak pernah meninggalkan sahabatnya atau orang sekelilingnya. Tak pernah meninggalkan ibu bapanya walau dalam keadaan apa sekalipun. Kita....yang namanya manusia. Renung2 kan la diri masing2 . Pandanglah cermin dan berkata... Layak kah aku berkata2 tentang mereka sedangkan aku sendiri cacat celanya tidak terkira.......... XOXO



0 comments:

Post a Comment