Sunday 22 September 2013

Cinta Nokia 3310 dan IPhone. . . Boleh Bersatu Ke ?

Post kali ni bukan la nak buat cerita cerpen ke atau novel sekalipun. Takde masanya. Nak cerita pasal cinta..cinta antara dua darjat. Bukan la nak cakap apa..tapi bila kita bercinta kadang2 kita tengok darjat kita. Sama tarafkah kita dengan si Dia. Disitu kita boleh tengok sama ada kita ni layak untuk dia ke idokk. Tak perlu tunggu zaman sekarang...sejak zaman dulu lagi. Time2 P.Ramlee dah ada cinta dua darjat ni... Sekarang pun sama je.

   Aku puteri kampung ni takde duit nak beli iphongg...so beli Nokia 3310 je. (Okay.tu tipu. Sematpon rosak, takde duit nak repair) Tapi sekarang memang tengah guna Nokia 3310 je. Ate...dah kena marah ngan Mama. Takkan nak beli lagi kot. There no more chance for you Tia...hauuuuuuu sedihh ! T~T Takpe la... nak buat apakan. I'm still grounded... Moh le kita bercerita pasal cinta. Okay. Amik contohlaa... Aku, si puteri kampung hidup di bandar yg penuh dengan cabaran ni telah bertemu dengan jejaka idamannya Si Iphone. (Sebab lelaki tu, dia pakai iphone. Nama terpaksa dirahsiakan. hehe) Aku jumpa dia yang sama universiti dengan aku. Dia ada semua ciri2 yang aku nak. Baik, penyayang dan hormat orang tua. Yang penting dia jenis yang fikir masa depan. Dia ada bila aku sedang memerlukannya. Selalu mengambil hati aku. Setiap kesalahan dia dia tegur dengan lembut. ( Okay, kadang2 dia ignore teman. Yelaa.. teman ni kadang2 jenis yg degil sikit.) Tapi itulah....... aku ni Si Nokia 3310. Dia pulak si pemegang IPhone. Setaraf kah kami? Kadang2 aku rasa rendah sangat diri ni bila berdiri sebelah dia. Tapi aku juga selalu merasakan yang sebenarnya aku yang bertepuk sebelah tangan. Hanya aku yg terhegeh2 nakkan dia. Dia plak...rilek macam biasa je. Kadang2 rasa macam aku ni tak wujud walaupun depan dia. Haihhh....ntah la teman nak komen apa pasal ni. Rasa sia-sia pun ada. Tak tau teman...no comment about this!

    Tapi bagi aku la...sesiapa yang kat luar sana tu rasa macam mana yg aku rasa ni. Kome teruskanlah usaha nak tarik si Dia untuk korang. Jangan pernah beralah. Kita walaupun dengan dia berlainan darjat..tapi kasih dan sayang antara satu sama lain. Jangan la kome berputus asa. And remember...there must be a trust...a strong trust between each other. Loyalty make it more perfect. Aku tak mempunyai banyak pengalaman bercinta. Tetapi pengalaman dalam melihat orang sekeliling aku bercinta mematangkan pemikiran aku. Tapi aku tak layak nak menasihati orang sangat sebab jalan cinta aku pun hancur bersepai macam tu je kann... Tapi kita sendiri boleh fikir macam mana nak samakan taraf dengan si Dia. Contohnya, aku..hehe. Aku ? camne ek...haaa..okay2 mcm ni.. Aku kumpul duit, cukup masa cukup duit cukup segalanya..aku beli la Iphone sebijik ! Haaaa.....bijak dakk ? Ate...... itu je yang mampu. Takkan la nak beli kereta sebijik...Tahu la Si Iphone pun ada kereta. Itu teman tak mampu le. Ada iphongg sebijik..senang le teman nak weechak (weechat) ke..whatsakk(whatsapp) ke....betui dakk ! Tapi buat masa sekarang ni..teman pakai Nokia dulu ye... Connecting People gitu...... XOXO




0 comments:

Post a Comment