Tuesday 10 September 2013

Musim Sejuk Di Malaysia

Siapa cakap Malaysia takde Musim Sejuk ? Anak kampung can prove it uollss~ Musim sejuk kat Malaysia selalu melanda bermula bulan Ogos sampai bulan November ...la kot.... XD Okay la apa2 je. Tapi Musim Sejuk kat Malaysia bukan diliputi salji ye cik kak.. Tapi diliputi dengan AIR HUJAN ! Time2 macam ni hujan memang sedap nokk. Sebagai student emesyu (MSU) yg hanya berjalan kaki dari rumah ke kampus sebenarnya boleh dianggap cabaran yang sangatlah hebat nye nye punnn ~ Cuba kalau ada kelas start dari pukul 12 pm onward..tak ke kena berjalan di bawah matahari yang terik dan sinaran UV yang bahaya. (ayat iklan gitu kau Jah.. ) Ye la... aku ni memang la berangan macam tuan puteri. Tapi takde la sampai nak kena ada orang ambik hantar mcm kawan2 yg lain. Aku jenis yang susah nak menyusahkan orang ni. Maklum la..dah diajar sebaik-baiknya. Tapi kalau ikut apa yg Mama kata "Kalau nak jadi setan..memang setan la kan. Tak leh nak ubah." Tapi aku bukan jenis setan yang terlebih setan. Aku cuma nakal je...suam2 nakal gitu...

  Sambung pada musin sejuk kat Malaysia ni. Kat sini takde salji...hujan adalah untuk kome2 ni main-main boleh la.. Kalau nak advanced pi berjoget sakan kat tengah2 hujan tu. Ala2 citer Hindustan kau ! Mula2 tu memang la sedap..lepas berbulan2 berjalan dalam kepanasan yang amat sangat kan. Dapat berjalan dalam cuaca yang elok sikit, nyaman lagilah sejuk..memang sedap berjalan. Tak berpeluh pun. Waaahhhhh ~ Rasa sepoi2 bahasa je time tu... Tapi makin lama..cuaca kat Malaysia ni makin lebih. Makin melampau2 ! Boleh dikatakan setiap hari hujan tak berenti. Hari2 menggigil kesejukan. Nak jadi apa ?! Tiap2 malam sejuk dia tu makin lama makin melampau. Dah macam belajar di perantauan. Kat luar negara gitu kau Jah oii ! Lebih2 lagi aku ni duduk apartment kat area MSU ni...udah le duduk pun level tinggi2...Lagi la...angin senang2 je lalu. Mana ada halangan kat depan la katakan... aduhhh ! Musim2 sejuk gini mana lah kita ada selimut lebih. Kadang2 dinding pun rasanya sama macam freezer kat rumah tu jugak.

 
    Paling teruk musim2 sejuk ni adalah bila kita nak mandi. Al maklumlaaa.... student mana la mampu nak beli water heater.. kalau sayang saya sudi2 la sponsor water heater sebijik ye. Lagi liat time2 sejuk macam ni kalau ada kelas kul 8. Kul 7 bangun..dengan takde water heater nya...jirus air dari kepala tetiba jerit " HOII ! SEJAK BILA BRUNSFIELD NI TUKAR JADI AIR TELAGA ?! '' Tak semena2..kau bergegar la lutut menahan sejuk di pagi hari. Pastu nak tambah teruk tadi malam kul 4-5 pagi hujan lebat.. Air kat Sg Damansara ni pun naik la.... rasa mcm kalau nak lompat berenang2 pun boleh.. Cuma yang slack sikit part warna ayaq tu la... warna ayaq teh susu . haha XD. Tapi apa2 pun hidup mesti diteruskan... Gi kelas macam biasa melainkan ada darurat. Akhir kata, watlek watpeace dalam mengejarkan sesuatu itu.... XOXO




1 comment: