Wednesday 23 October 2013

Peneman Tidur Teddy Bear, Barbie . . . Atau Ipad ?

Bila blogging malam2 macam ni baru la sedap sikit. Takde yang ngacaunya...ye dakk ! Sekarang ni tuan puteri cuti sem lagi. Tapi 2 minggu dari sekarang, dah nak balik emesyu unggul nama mu itu. Haihhh. Tak habis lagi feeling holiday tu dah kena balik sana dah. Hauuuu T~T

   Post kali ni nak cerita tentang teman tidur kita masa kecil dulu. Kecik2 dulu.. Kalau imbas kembali, kita time tu mesti tido dengan Mak Ayah lagi kan. Maklum la..takut nak tido sorang2. Aku pun macam tu jugak. Sampai Darjah 6 still tidur tengah2 between Mama ngan Ayah. Well anak manja la katakan. The most lovely princess among others ~ Kalau ada yang tido sorang tu memang tabik springgg la ! Kecil2 dah berani dah tido sorang. Dulu aku tak boleh tido sorang. Takut. Dulu ada abang sedara selalu takutkan. Cakap.." haaa...ada MOMOK ! Tak tau..nanti dia kejar baru tau ! '' Lepas tu.. lama2 aku dah berani tido sorang. Hanya bertemankan bantal. Aku tak macam budak2 lain. Dia orang semua ada kawan tido. Sape lagi kalau bukan Mr. Teddy Bear... Miss Barbie... kalau lelaki confirm Mr. Ultraman. Tak pun Power Rangers atau Gundam tu semua. Masa kecik2 dulu aku ngan Kakak kurang teddy bear ni bagai. Sebab kitaorang memang ganas ! So kawan peluk aku ngan Kakak cumalah sebiji bantal. Aku tak pernah ada anak patung tu semua. JARANG ADA. Sebab aku jenis yang ganas. Masa main aku banyak di luar berbanding di dalam rumah. Dulu permainan aku hanyalah parit, tanah dan pasir, tangkap berudu. Panjat pokok , main hujan tu semua hobi aku. Kalau main masak2..tak pakai kuali cik adik. Pakai api betul. Masak pasir basah atas zink ! KAU ADA ???

   Tapi itu cerita 90-an punya budak. Yang budak2 zaman Millenium ni... nak jadi apa ?! Teddy Bear, Barbie ke Ultraman ke memang tak cukup ! Dah berbakul-bakul permainan kat rumah pun still... minta yang lain ! Kemain budak2 sekarang. Mak Ayah pun ikut je apa anak nak. Kalau tak ikut nanti mengamuk si Anak satu kedai habis berantakan ! Gitu. Lepas tu lahir pulak generasi baru. Kecik2 dah pandai main ngan Tablet. Nak Iphongg..takmo cikai punya. Dah tak nak dah main kat padang. Duk memerap dalam bilik main Farmville la.. Kendi Kerushh laa. Dah tak nak campur dengan sepupu sepapat. Dah pandai anti-sosial. Dah pandai dah ber-IT ni bagai. Kalau takde ipad kat tangan tak mau tido. Sepak kang sorang2 sat lagi ni kang !!  Maju serba canggih. Tapi yang sakit ? Siapa ? Mak Ayah yang merana. Kadang2 sampai ikat perut nak menyimpan duit nak menyuakan anak dengan teknologi canggih manggih ni. Bebudak zaman sekarang tak tahu.. Barang makin tinggi tapi gaji Mak Ayah tak naik2 lagi. Kesian deme. Rasanya Mak Ayah tu lagi sanggup anak dia main kotor2 tanah dari minta yang bukan2. Tapi itulah manusia. Berubah-ubah mengikut zaman. . . XOXO



Tuesday 15 October 2013

Aiskrim..emm Dap Dap Dap !

Lama tak update ann ann ? Sekarang ni Tuan Puteri dah cuti sem dah ! Woot woot ! Kome jangan le jeles teman dah cuti sem. Kome tunggu la time kome cuti nanti. Ni pun tak sampai seminggu cuti ni dah pishang kat rumah ! Nak jadi apa --' Kali ni kali pertama cuti sem panjangnya sebulan dimana aku tak kerja part-time. Bukan apa..kena jaga Ayah sakit tu haaa... idokk le tenang hati ni kalau kerja asyik memikior Ayah yang sakit kat rumah.. ye dakk !


    Cuti2 macam ni takde yang istimewanya. Macam biasa je. Adik2 tak cuti sekolah lagi... Baru bulan berapa ?! Agak2 la derr. . . So I'm home alone with my parents. Boring ahh ! Takde yang nak ngajak panjat pokok ni semua. Balik pada tajuk kita pada hari ini..ecece cewahh! AISKRIM ~ Apa ada ngan aiskrim ? Okay aiskrim ni adalah benda yang menyejukkan dan ianya manis dan amat lazat sekali ! Kalau dulu kat kampung kat Sri Medan tu...selalu kejar Pak Cik Aiskrim. Dulu telinga tajam macam anjing. Dari jauh nun..sebelum masuk simpang jalan ke rumah Embah..dah boleh dengar bunyi loceng Pak Cik Aiskrim. Keting ! Keting ! Keting ! bunyi dia... apa lagi kami sepupu sepapat. . . Berkejar dari main parit terus naik ke rumah minta duit 50 sen dari Mak Ayah masing2 ! Kalau tak dapat..atau mak ayah tak bagi...deme selamba je pau dah pak sedara mak sedara. Senang je... Buat muka comel lote... pastu cium pipi diaorg..haaa ! Dapat kau 50 sen ! Hahahaha ! Pastu dapat je duit..berlari turun tangga ! Stay...stay...stay sampai nampak kelibat motor Pak Cik Aiskrim tu ! Nampak je..terus kejar ! Masing2 beli aiskrim feveret masing2. ada yang batang..ada yang kon. Yang kon punya kalau beli..mesti atas aiskrim tu ditaburi dengan kacang ! Perghhhh !! Pengalaman yang takkan dan takleh lupa bro~~


      Tapi sekarang dah besar. Dah tak sesuai dah nak kejar Pak Cik Aiskrim tu ! Sekarang ni senang..nak beli Aiskrim tu beli kat kedai sudaa. Kedai pun dekat. Takyah nak kejar bagai ! Sekarang Aiskrim dah update dah.. Dah maju. Semua jenis perisa ada..kau nak apa ? 3 flavors dalam satu batang aiskrim pun dah ada ! Sekarang dah takde dah aiskrim murah2. Paling murah pun Aiskrim Malaysia tu. Tu pun 50 sen mu tak dopp ! Maheiii bebenorr -_- Sekarang ni teman nak makan Aiskrim pun takde la mcm dulu2. Sekarang nak makan pun sekali sekala. Ye laa... makan sekarang ni kena jaga. Bukan ditakutkan gigi rosak la..gigi rongak la... tapi ditakutkan dengan diabetis, kencing manis, darah tinggi..bla..bla..bla. Pastu nak makan aiskrim yang mahal2... Hagendaaz la... Baskin Robin la...aiskrim dalam bekas la... Kemain Tia sekarang ni ! Manja ! Mengada !!! Hahaha :P  TAPI. . . kalau boleh la . . . teringin nak makan aiskrim macam zaman dulu. Kejar Pak Cik Aiskrim Kting ! Kting ! Kting ! Pak Cik Paddle Pop  . . . dan tak dilupa Pak Cik Mat Kool. . . XOXO







Sunday 6 October 2013

Bila Tia Sakit . . .

Idokk le nak cakap apa2... Final belum habis lagi ni dah nak start sakit ! Dah la Tuan Puteri ni jarang sakit. Tapi bila dah sakit tu..... haduhh. Susah ! Masing-masing tak kira manusia ke haiwan ke kalau sakit ni ada je fi'il masing2. Ada je kehendak masing2. Kalau manusia gi jumpa doktor. Haaa..nanti dapatlah ubatnya. Kalau haiwan, ada sesetengah haiwan tu makan tumbuh-tumbuhan. Macam kucing, dia makan rumput apa ntah untuk bagi muntahkan balik makanan yg dia makan tu. Baguihh dakk.


   Aku kalau sakit ni susah sikit. Mak Ayah jauh nun kat Perak nun. .  . aku cuma ada kawan2 je yg boleh diminta tolongkan bawak ke klinik ke. Kalau aku kat Kampung dulu, memang la ada Mama..ada Ayah. Tapi kalau sakit deme tengok2 mcm tu je.. Kalau dah teruk sangat baru hantar gi Hospital. Oupp ! Oupp ! Hospital ye..bukan Klinik swasta. Kami orang Kampung mana mampu. Kalau sepital (hospital) Kerajaan tu mampu le. Bayar singgit je kan . . . Murah yang amat. Tapi aku tak suka gi Sepital nih ! Aku ni ada sejenis penyakit. Nama dia G6PD. Alahan kepada ubat-ubatan dan sesejenis makanan. Bukan macam orang lain. Aku tak boleh ambik Panadol ke Panadol for Kids ke kalau aku demam. Kena gi sepital enjet (inject) ! Kami adik-beradik pun bayak fi'il gak. Macam Adam, adik bongsu aku... Dia kalau demam mana nak makan ubat pil-pil tu bagai. Ubat dia satu je... kepci (KFC)! Kau bagi la apa pun..tak kan masuk tekak dia kecuali kepci ! Dapat ngapp seketul ayam kepci tu..1/2 jam lepas tu terus sembuh. Haaaa.. dah boleh main panjat2 pokok dah balik !!

 
     Itu kat kampung. Ada gak yang menjaga ! Ini kat bandorr cik Jah oii ! Kau duduk sini sorang2..Mak Ayah jauh ! Pernah sekali aku demam campak (chicken pox) naik satu badan woahhhh ! Aku ngan tengah takde duitnya nak kena gi klinik..aduhh ! Al maklum laaa... kena time hujung2 minggu. Memang tak laa. Klinik kerajaan ada..tapi jauhnya ya amat ! Nak minta tolong kawan..ada tu ada tapi dia pun sibuk kan... tak mengapa la. Ngajak la kawan aku si polan ni teman gi klinik gak. Nasib Ayah bleh bank-in la tu gak.. kalau idokk. Entah le teman nak ceghita cemana. Dah la minta orang yg tak pernah kena lagi meneman. Kalau dia berjangkit gak. Memang sampai mati rasa bersalah tu tetap ada! Chicken pox kan...takkan nak stay Shah Alam.. apa lagi balik Perak la ! Kat Perak mcm anak raja ! Takyah buat apa2 ! Nak makan org hantar ke bilik.... nak apa2 panggil je. Ain Adam jadi bibik jup. Nak makanan dari luar..call sajaaaaa ! Mekdi, Kepci, Pijja Hut semua boleh delivery. Now dah sihat Alhamdulillah.... Tapi kalau boleh Chicken Pox balik..... XOXO


Thursday 3 October 2013

Dari Kesalahan Kita

Dah lama tak post . . . kannn ! Minta maaf la ye sangat2. Sekarang kan tengah final uollss... Budak2 emesyu ni semua tengah sibuk..menyibukkan diri dengan buku masing-masing. Tuan puteri ni sampai dua hari TAK TIDUR ! Semata-mata nak menghadap final ni sanggup bertentang mata dengan dia yang teristimewa iaitu... Buku la ! Apa lagi. Yang couple2 tu sanggup hold dulu semata2 nak study. Wakaka.... Gitu.


    Kali ni nak cakap pasal nasihat. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku masa mula2 masuk Msu unggul namamu. . . aku macam freshie yang lain jugak. Nerd nerd gitu. Dapat kawan macam kera dapat bunga ! Excited dia lain macam. Al maklumlaaa... kawan pertama kat perantauan~ Kita pun makin rapat dan rapat dan ...rapat ! Semuanya berjalan seperti biasa... everyday is a happy day ! Sampailah satu hari . . . tak ada angin tak ada ribut tiba2 dua-dua bermasam muka. Tak mahu bertegur sapa . . . apatah lagi memandang muka satu sama lain ! Adakah mungkin  kerana satu perkataan... atau suatu perbuatan? Masing-masing tak nak mengalah ! Dalam hati ada satu perkataan yang membara jiwa. BENCI ! Itu yg boleh diungkapkan sekarang. Bila ditanya..dua2 tak nak mengaku. Katanya, "Eh, Takde apa2 la..biasa je. Aku ok je." Okay ? Okay ke kalau macam tu ??!! Tak faham aku pasal kome ni...kemain kalau buat hal. Buat muka toya tak salah plak kat sini. Ye dakk ! Dan akhirnya pergaduhan tu berlalu mcm tu je. Terus renggang. Makin hari makin buat-buat tak kenal... Sampai aku pindah keluar ! Sampai macam tu sekali ! Sedihhh..sedih... Kemudian cari kawan lain....Tapi itulah kitaran hidup manusia. Let bygone bygone...

    Dan...Itulah kesalahan yang aku buat. Situasi diatas adalah situasi yang aku alami sendiri ! Bukan orang A atau B punya ceghita ye dikk ~ Sehingga kini aku menyesalinya. Sesal tak sudah. Walaupun acap kali terjumpa kat MSU tu...tapi masing macam orang asing. Takpe..biarlah. Itulah hukuman dan pengajaran yang aku dapat sepanjang duduk kat sini. T~T Dan situasi yang hampir sama terjadi pada seorang sahabat aku ni. Cuma dia belum kena...tapi kalau dia buat jugak, dia boleh kena macam yg aku kena ni. Dia bertanyakan pendapat aku. Lalu aku berfikir sejenak. Lalu aku pun cerita la kisah aku sepanjang aku kat sini. Dugaan bersahabat... dugaan hidup sendirian di Shah Alam yang jauh pejalanan luas pemandangan. (haaa..Tia dah mengarut dah ! ) Aku cerita segala benda yang aku buat dekat Shah Alam ni. Except bab bercinta la... aku tak laku kat sini. maklumlaa..tak lawa. Gitu. She ask for an opinion okayyy ! So I've told her my story, my mistakes, my happiness.. and I ask her,'' Buat la apa yang adik nak.tapi ingat... Tanya sama hati. Betul ke apa aku buat ni ? '' Jangan jadi macam aku. Belajarlah dari kesalahan orang lain . . . XOXO