Sunday 15 December 2013

Bulat Itu Bahagia . . . Atau Sengsara ?

AMARAN !  Post kali ni tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang dah selamat di bawah tanah ye. Hanya coretan semata2.


    Bulat. Banyak benda bulat kat dalam dunia ni. Malah Bumi pun bentuknya bulat. Awak yang baca ni pun saya tengok bulat2 semuanya. Harharhar ~ Lama tak blogging. Mmmmmmm rindu. Maap le. Ate teman sibuk menguruskan hal2 negara. Tuan puteri ni nak menjaga rakyat jelata lagi. Haihh penat. Takde kerjanya tuan puteri ni penat layan anak ngan laki sebab dua2 tu memang takde. Jangankan anak. . . Boyfriend pun takde lagi. hmm nak masuk tahun baru dah ni. Still takde boyfriend. Tak mengapa laaaa. Tuhan jaga kita sebab dia nak bagi yg Gred AAA kat kita. Ye dakk. hikss ~ (suka plak dia ni --') Okay sambung balik ! Kita bukan nak cakap bulat2 yang sembarangan. Kita nak cakap pasal badan yang bulat ! Semenjak dua menjak ni teman tengok kawan2 teman kemain menaik sejak bukak Sem baru ni. Semua benda lah naik, pointer naik, seri naik, badan pun naik. Elehhh ! Aku pun apa kurangnya... makin naik jugak. Biasalah... semua tengah happy kann. Bila kita happy kita asyik makan je. Tak ingat dunia. Semua benda jadi sedap bila kita tengah bahagia. Happy je. Happy face happy tummy. Weeee ~~~~ Aku bulat bukan sebab aku bahagia, tapi sebab aku tak tau nak buat apa. Aktiviti sem ni nak seaktif dulu pun tak boleh. Ada sebab2 tertentu la terpaksa dirahsiakan kenapa mengapa. hmm :( Aku kalau dah takde kerja sangat aku makan je. Memang duit yang Mama bagi tiap2 minggu tu duit makan. (Duit shopping, buku mahupun benda lain diberi berasingan) Memang sem ni semua orang bahagia. Bahagia sangat2. Aku cuma boleh menumpang je kebahagiaan deme ni semua. :D


      TAPI, bulat, bulat jugak janji jangan terlebih bulat pulak. Dulu aku lagi bulat dari sekarang ni. Sampai kene hina cerca lah ssebab aku buat satu kesalahan ni iaitu aku gemuk ! Tu je. Tapi kalau dah berisi sangat pun tak cantik jugak. Baju kene beli baru sebab yang lama dah tak muat. Tidakkah itu satu pembaziran ? (Ayat skema je ) Mama pun sebenarnya marah aku makin gemuk. Ayat paling menusuk keluar dari mulut Mama '' Macam mana ni ! Dah gemuk dah. Lepas ni dah takde laki nak engko dah. Habis la kau. Kene hina balik. Kene panggil gemuk balik ! '' Ayat tu terkesan sangat.. tapi kejap je. Hikhok ~ Memang betul pun kalau gemuk ni tak cantik. Melainkan kalau lelaki memang suka dia sebab dia gemuk. Tapi sekarang aku dah start joging balik. Tapi bukan sebab nak kurus, tapi sebab tak selesa kalau tak keluar peluh. Wiwiwiwiwi... ececehhh. Ayat cover line je tu. wakak ! Tapi okay what kalau dah berisi tu. Takde la melayang kalau kene tiup dek angin. Takde la rasa macam bila berdiri tu rasa macam terapung je. Yelaaa.. ringan sangat kan ~ Tapi sesetengah orang rasa sengsara bila gemuk ni sebab risiko dia banyak. Contoh aaa... kene ejek, kena hina, kene panggil Demok la.. Selain dari tu, risiko penyakit laa, dislocation lutut tu bagai laa. Macam2 nokk risiko dia. Nak gemuk boleh tapi jangan gemuk sangat, Nak kurus boleh tapi jangan Anorexia Nervosa sangat ! Jangan amalkan tabiat Bulimia Nervosa jugak ye anak-anak !





0 comments:

Post a Comment