Monday 30 December 2013

Penghujung 2013 . . . Apa Yang Berubah dan Apa Yang masih Di Takuk Lama ?

 We wish you a merry christmas, we wish you a merry chrismast, we wish you a merry christmast and the Happy New Year ! Maap le.. rasa wish new year tu tak lengkap kalau takde Merry Christmas kat depan tu. Hehehe ~ Pejam celik pejam celik dah nak habis dah tahun 2013 ni. Rasa macam baru semalam je masuk daftar MSU nih.


   Post kali ni nak cerita pasal achievement yang dibuat sepanjang tahun 2013 ni. Emmm...let see. * selak diary of a whimpy kid. Nothing much then. Tapi bagi aku laa... pencapaian aku banyak sangat untuk tahun ni. Antaranya laaa, I've explored many things in my life. And the biggest things is LOVE. I got my first love this year and its come to an end in this year too. To me its still hurt until now and please call me Miss Moving On ooo ooo ooo ! Hahaha. Its pathetic right ? But to me, I'm grateful cause Allah give me the chance for a little while before He take it back. And He, until now do care of me with doesn't give me any chances to feel the sweetness and the pain of something that called as LOVE. ( DIA nak jaga teman, Dia tak nak bagi teman buat maksiat lettew. Teman pegang janji DIA hokayy ) Kawan aku pun banyak yang cakap, '' Takpa Tia, makin lama kau tunggu makin baik seseorang lelaki itu. ''. TAPI  aku pegang satu benda je.. aku tengok sesetengah kawan aku ni tak lawa tapi laki dia handsome seyhhh. So conclusion nyaaa, aku tak lawa kan ? So laki aku mesti handsome punya ! Bhahaha !  *Muntah rainbow

   And then, aku pun jumpa ramai kawan. As expected, kawan datang dan pergi. Ada yang terus meninggalkan di pertengahan jalan, ada yang masih sudi menegur, dan ada yang masih boleh menerima baik buruk seseorang itu. Tapi... apa de hal.. lek sudah !! Emmm.. apa lagi yang berubah hek ? Okay... pointer Semestar 1 steady je. Semester 2 dah start jatuh. Sebab apa kenapa mengapa ? Sebab lalai dengan keseronokan dunia ! Semester 3 bangkit balik dari kejatuhan kerjaya mahupun percintaan. *eh haha  Dan akhirnya pointer jadi stabil. Tinggai nak dapat Dean List  je. Untuk siapa ? Untuk MAMA ! ( Sebab apa ? Sebab dia yang tanggung aku kat sini.)

   Okay laaa... Yang atas tu semua yang berubah. YANG TAK BERUBAH pulak kita nak cakap. Yang tak berubah perangai aku yang suka minta duit kat Mama. Ada je yang tak cukup ! Ada je yang rosak ! Aku tak faham laaa. Tuhan macam nak bagi aku ngan Mama susah je ! Kenapa ??!! Kenapa ??!!! TAPI Mama selalu pesan, itu rahsia Tuhan. Jangan persoalkan. Mungkin Tuhan nak bagi kita susah sekarang sebab dia akan bagi kemanisan kelak. Haaa.. kita tak tahu Tuhan rancang apa untuk kita. Takpe.. Biar Mama susah sebab menanggung kamu. Jangan kamu susah kat sana. Itu je. Apa lagi yang tak berubah ? Hmmm should I say I'm still a typical Malay girls from Kampung ? Maybe aku hanyut dalam arus kemodenan tapi pemikiran aku hanya terbuka sedikit sahaja berbanding dulu. Tapi bab cinta ni memang banyak mengajar dan mengubah pandangan aku terhadap cinta dan kaum Adam ni. But sorry to say laa... prinsip aku still ada dan takkan berubah sama sekali !

     Apa2 pun... Beta selaku Puteri Kampung mengucapkan Selamat Tahun Baru semua ! Kurangkan bercakap banyakkan bertindak. Berdiri atas kaki sendiri dan kalau jatuh bangun la sendiri !








Monday 23 December 2013

Jatuh Bangun Seorang Manusia Bergelar Mama

Post kali ni nak mengenang jasa seorang ibu. Kali ni teman nak ceghita pasal Mama teman. ( Aikk.. takkan nak cerita pasal Ibu kene tunggu Hari Ibu. Bagi saya, hari-hari Hari Ibu )


   Mama saya namanya Kalsom. Tapi orang kat kampung panggil dia Umi. Jauh kann beza. Haha. Mama baik orangnya. (Takde anak nak cakap Mama dia jahat hokayy ) Tapi betul laa. Mama baik. Selalu tolong orang. Orang kampung kenal Mama. Orang kampung tahu Mama cikgu. (senang cakap sebenarnya satu kampung tu sedara kitaorg. sepupu sepapat semua ada ) So kami adik-beradik ni pun baik gak. Sebab Mama pernah pesan " Kalau keluar, behave yourself. Kene ingat. Mama ni Cikgu. " Haihhhh. Tu je. Tapi bila keluar kampung... haaa keluar setan kau Tia ! Hahahaa.. takde laaa. Gurau K ! MAMA ni dalam tegas2 dia, hati dia lembut sebenarnya. Okay laa.. aku bagi contoh. Aku ni manja sebenarnya. Aku jenis yang suka hentak kaki ugut Mama kalau nak apa2. Mula2 tu dia tak layan. Dia akan marah. Ayah pun kalau dah tak boleh tahan, dia kejar aku keliling rumah ! Tapi.. Mama dia tak kejar keliling rumah. Dia diam. Kalau dia marah2 aku balik pun .. Last2 dia akan belikan jugak. (Aku pun tak tahu mcm mana aku boleh jadi mcm tu ). Mak mana tak sayang anak. Ayah aku jangan cakap laaa... Semalam laptop aku screen pecah. Nak pakai duit  RM250 hoiiii ! Call ayah. " Ayah sihat ? '' Dia balas... '' AYAH TAKDE DUIT YE. '' (Dia dah faham la tu. hmmm ) Tapi memang aku kat sini fully Mama tanggung pun. Ayah tanggung Ain ngan Adam.


    TAPI ada satu yang aku dulu aku tak pernah tahu dan tak pernah sedar. Aku baru sedar bila aku dah menginjak dewasa. ( Aku ni memang lambat pick-up sikit. Al-maklumlaaa. Slow Learner. ) Mama tak pernah tak penuhi apa yang kitaorang nak. Dulu aku tak sedar dia takde duit. Yang aku cuma tahu, kalau kerja tu memang ada duit. Gaji Mama dulu habis kat bayar ansuran kereta je. Tapi Mama tak pernah cakap duit dia habis. Semata-mata nak penuhi kerenah aku adik-beradik, Mama pernah puasa dalam sebulan dua tu. Itu yang aku baru sedar pengorbanan Mama sekarang. Aku ingat lagi macam mana Mama sanggup bagi duit makan dia untuk seminggu bagi kat aku suapaya aku dapat pergi lawatan sekolah ke Times Square masa Darjah 6 lepas UPSR. (Tapi duk Shah Alam ni aku dah penat gi Times Square tu. Dah jemu =='') Hidup Mama penuh dengan nasihat. Banyak kata2 Mama yang aku pegang sampai sekarang. Contoh aaaa... " Bila kita tengah susah, ingat. Ada yang lagi susah dari kita. ''  emmm...    " Kalau nampak orang lain tengah susah, tolong lah dia. Walaupun kita tengah susah jugak. Ingat orang lain akan tolong kita juga satu hari nanti. ''  lagi satu.     '' Ingat. Susah mana hidup kita kat dunia ni. Jangan pernah terdetik untuk berhutang duit mahupun budi. Perit nak membayarnya balik. ''  Itulah kata-kata Mama yang aku pegang sampai sekarang. Dan satu lagi, Ini bukan Mama cakap hokayyy. Ni kata-kata aku sendiri.  "YANG MENANGGUNG KAU BUKAN KAWAN. TAPI MAMA. SO YANG PATUT KAU SEDAPKAN HATI BUKAN KAWAN TAPI MAMA ! ''


  Mama dah banyak berkorban untuk kita. Dari saat kita lahir sampai kita dah besar panjang macam sekarang ni. Kita nak apa pun dia bagi. Kita demand apa pun dia sediakan. Kita nak makan apa dia masak. Kita nak pakai baju yang mahal2 dia sanggup berlapar simpan duit beli baju tu. Kita nak bawak awek kita makan sedap dia bagi duit sanggup makan ikan masin je kat rumah tu. Kita nak kawin pun nanti ntah2 Mak kita volunteer nak jahitkan baju kawin kita ! TAPI. . .  Pernah tak terdetik kat hati kita . . . Mama buat semua tu supaya anak dia senang hidup nanti. Tapi fikir tak kesusahan dia perlu tanggung, masa yang perlu dia korbankan, tenaga yang dia kerahkan untuk kita. Hanya untuk kita. Balik laa anak-anak. Cium tangan Mak. Masuk bilik pastu mandi. Off phone. Mohon clash kejap. Duduk depan TV dengan Mama, ambil tangan Mama urut dengan penuh kasih sayang. Tanya Mama pasal benda yang boleh buat dia tersenyum. Buat lawak kat Mama. Bagi Mama gelak besar sampai menangis. Biarlah air mata dia tumpah. . . Asalkan ianya air mata kebahagiaan . . . XOXO














Sunday 15 December 2013

Bulat Itu Bahagia . . . Atau Sengsara ?

AMARAN !  Post kali ni tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang dah selamat di bawah tanah ye. Hanya coretan semata2.


    Bulat. Banyak benda bulat kat dalam dunia ni. Malah Bumi pun bentuknya bulat. Awak yang baca ni pun saya tengok bulat2 semuanya. Harharhar ~ Lama tak blogging. Mmmmmmm rindu. Maap le. Ate teman sibuk menguruskan hal2 negara. Tuan puteri ni nak menjaga rakyat jelata lagi. Haihh penat. Takde kerjanya tuan puteri ni penat layan anak ngan laki sebab dua2 tu memang takde. Jangankan anak. . . Boyfriend pun takde lagi. hmm nak masuk tahun baru dah ni. Still takde boyfriend. Tak mengapa laaaa. Tuhan jaga kita sebab dia nak bagi yg Gred AAA kat kita. Ye dakk. hikss ~ (suka plak dia ni --') Okay sambung balik ! Kita bukan nak cakap bulat2 yang sembarangan. Kita nak cakap pasal badan yang bulat ! Semenjak dua menjak ni teman tengok kawan2 teman kemain menaik sejak bukak Sem baru ni. Semua benda lah naik, pointer naik, seri naik, badan pun naik. Elehhh ! Aku pun apa kurangnya... makin naik jugak. Biasalah... semua tengah happy kann. Bila kita happy kita asyik makan je. Tak ingat dunia. Semua benda jadi sedap bila kita tengah bahagia. Happy je. Happy face happy tummy. Weeee ~~~~ Aku bulat bukan sebab aku bahagia, tapi sebab aku tak tau nak buat apa. Aktiviti sem ni nak seaktif dulu pun tak boleh. Ada sebab2 tertentu la terpaksa dirahsiakan kenapa mengapa. hmm :( Aku kalau dah takde kerja sangat aku makan je. Memang duit yang Mama bagi tiap2 minggu tu duit makan. (Duit shopping, buku mahupun benda lain diberi berasingan) Memang sem ni semua orang bahagia. Bahagia sangat2. Aku cuma boleh menumpang je kebahagiaan deme ni semua. :D


      TAPI, bulat, bulat jugak janji jangan terlebih bulat pulak. Dulu aku lagi bulat dari sekarang ni. Sampai kene hina cerca lah ssebab aku buat satu kesalahan ni iaitu aku gemuk ! Tu je. Tapi kalau dah berisi sangat pun tak cantik jugak. Baju kene beli baru sebab yang lama dah tak muat. Tidakkah itu satu pembaziran ? (Ayat skema je ) Mama pun sebenarnya marah aku makin gemuk. Ayat paling menusuk keluar dari mulut Mama '' Macam mana ni ! Dah gemuk dah. Lepas ni dah takde laki nak engko dah. Habis la kau. Kene hina balik. Kene panggil gemuk balik ! '' Ayat tu terkesan sangat.. tapi kejap je. Hikhok ~ Memang betul pun kalau gemuk ni tak cantik. Melainkan kalau lelaki memang suka dia sebab dia gemuk. Tapi sekarang aku dah start joging balik. Tapi bukan sebab nak kurus, tapi sebab tak selesa kalau tak keluar peluh. Wiwiwiwiwi... ececehhh. Ayat cover line je tu. wakak ! Tapi okay what kalau dah berisi tu. Takde la melayang kalau kene tiup dek angin. Takde la rasa macam bila berdiri tu rasa macam terapung je. Yelaaa.. ringan sangat kan ~ Tapi sesetengah orang rasa sengsara bila gemuk ni sebab risiko dia banyak. Contoh aaa... kene ejek, kena hina, kene panggil Demok la.. Selain dari tu, risiko penyakit laa, dislocation lutut tu bagai laa. Macam2 nokk risiko dia. Nak gemuk boleh tapi jangan gemuk sangat, Nak kurus boleh tapi jangan Anorexia Nervosa sangat ! Jangan amalkan tabiat Bulimia Nervosa jugak ye anak-anak !





Monday 2 December 2013

Kenapa Mengapa Dan Bagaimana Kita Down ???

 Kali ni Beta puteri kampung ni nak cerita something pasal hati ke hati. Sebab masa cerita ni ditulis Beta down sangat2. Ntah kenapa. SANGAT DOWN ! Cuma nak berkongsi cerita dan perasaan. Lain la kalau ada yang fikir Beta kaitkan kome dalam citer ni. Ini belog saya. Jadi semua cerita HANYA PASAL SAYA ! bak kata Ira.. KK GURLSS ~

   Ntah kenapa mengapa aku down sangat malam ni. Sumpah tak tau ! Nak kata aku ada gembira huhahuha tak jugak. Aku kerja part-time weekend ni. Penat tu lagi banyak dari bergembira. Haaa... Kerja apa ? Eh eh ada aaaahh ! Mana boleh bagitau. Tapi kerja bukan sebab hidup susah kat MSU ni. Tapi sebab suka2. Aku bosan duk kene tinggal dengan housemates je sorang2 kat rumah. So kerja la kejap. Ni kalau Mama Ayah tau ni kene kejar aku keliling MSU ni. "Suruh focus kat study dok sibuk nak kerja watpa. Hang call je la kalau takda duit ! Nanti Mama bank-in. " Tapi kalau dah sebagai anak takkan nak beban mak ayah. Betuii dakk ?  Saja-saja je nak kerja. Boring sebenarnya hidup aku ni. Asal weekend je jadi forever alone. No happiness that day. Haihhh ~~ Back to story babeh ! Kalau ikutkan sebenarnya aku ni takde la sampai takde masalah langsung. Tapi sejak kebelakangan ni pun aku lebih banyak down dari happy. Sampai Mira pun cakap aku ni down je time buat assignment counseling lab tu. 

     Kalau ikut yang aku analisa diri aku ni sendiri( cewahhhh ! Counselor gitu. Examine diri sendiri ! ) , aku ni sebenarnya ada masalah hati. (oup oup ! bukan secara fizikal, tapi secara mental ) SEBENARNYA hati aku ni sunyi. Hati ni dah lama tak diusik. Hanya sekali diusik tapi . . . (faham-faham je laaa --' ) Bila tengok sahabat yang lain OTP (on the phone ) dengan buah hati. Aku di situ. . . sendiri. Hanya mampu melihat mereka bahagia. Aku pun nak jugak. Walaupun aku tahu mereka kadangkala derita akibat cinta. Tapi mereka bertuah kerana dapat merasanya. Aku hanya menunggu dan menunggu dan menunggu ketibaan prince charming aku yang tak kunjung tiba tu.Haii bang . .  jalan jammed ke ? Lambat sangat ni. Penat saya tunggu =='' Harharhar (LAWAK HAMBAR)  Aku teringin sangat nak rasa macam diaorg. Bahagia je.. senyum sepamjang malam. Tidur pun sedap. Aku cuma mampu melihat je dan tumpang gembira. Tapi aku dah penat menumpang. Aku nak jugak bahagia sendiri. Diorang ada cakap, tunggu je la.'Nanti sampai waktu kau jugak ! '' Lama nokk tunggu. Tapi kene sedar jugak.. aku ni tak cantik, gemuk hodoh tu semua aku laa. So kene sedar diri tahap kau kat mana Tia oiii ! Tapi selagi aku mampu tunggu aku akan sabar menunggu. .. XOXO


p/s : Malam ni layan lagu cinta. Actually tak sedar semua tu pasai cinta. Layan perasaan sajaaa. And plus (cuma nak cakap je) Si Iphone dah ada girlfriend. So saya agak sedih kat situ. Sebab saya suka dia. Tapi takpe. Bukan jodoh kita. Kene cari yang selayaknya dengan kita. - Nokia 3310