Sunday 8 September 2013

Monday StartingForEveyone

Isnin oh Isnin. Permulaan kepada hari2 yang sibuk. Dah habis rehat-rehatkan badan time Ahad, sekarang masa untuk buat rutin biasa semula. Ada yang kerja, ada yang sekolah. Ada yang pegi kelas. Aku pun sama spesis macam deme2 ni semua. Hari Isnin ni jadual kelas paling boring. Satu kelas je ! Tak pernah mana2 universiti berprestij buat cenggini. Ate...nak buat macam mane. Idokk le nak membantahnya. XD Kelas aku kelas IT. Sorry la....Aku dah pakar pasal IT ni... mentang2 dah expert time sekolah. Berlagak ye kau Tia ! Amboiii kemain kau ~

    Hari2 indah kat Malaysia ni, rakyat2 sekalian selalu mulakan hari pagi yang ceria. Ada yang mula dengan sembahyang Subuh dulu, ada yang buat kopi, ada yang berjoging dulu, ada gak yang main Dota dulu ! Tak gitu cik Jah ~ Tapi aku .... mencoret di awal pagi pukul 4.05 minit pagi. Sebenarnya tak boleh tido. Saja buat coretan untuk dicoret2 kan.. Bagi anak kampung macam aku ni..selalunya dah ke sawah dah. Eh ! Aku duk bandar la....sepatutnya sekarang ni aku tidur..esok kelas ! Haha. Nama pun student. Tapi aku tahu Mama Ayah letak harapan kat aku. Tapi harapan tu terlalu tinggi. Aku pun tak pasti lagi mcm mana sekarang ni. Tapi aku akan berusaha dan terus berusaha sampai berjaya. Aminnn.

   Hidup di kota ni banyak cabarannya. Lebih2 lagi aku si anak kampung ni. Macam dugaan yang harus ditempuh bukan sedikit..banyak ! Kalau dihitung duka aku lebih banyak dari suka. Jujur aku coretkan aku jumpa dan rasa air cinta itu bila di sini. Rasa pahit manisnya sukar diungkapkan. Tapi Allah sayang aku. Dia putuskan aku dengan si dia kerana nak menjaga kehormatan aku dan ingin jodohkan aku dengan seseorang yang lebih baik. Itu hal yang pertama. Yang kedua pulak kat kota yg penuh ranjau berduri ni ialah DUIT ! Dah la aku gila duit. Ditambah lagi masalah duit. Yelaa..nama pun anak kampung. Bukan orang senang. Tapi setiap hari Isnin adalah penyeri dalam hidupku iaitu panggilan telefon dari Mama yg mengatakan "MAMA DAH BANK-IN DUIT MAKAN YE. KAU JIMAT2 LA KAT SANA" . Aku pun melompat kegembiraan la....tapi lompatan tu tak lama...asal weekend je duit habis. Terpaksa tunggu minggu depan. Haihhh... Tapi kita sebagai manusia harus bersyukur dengan apa yang kita ada. Mama pernah pesan. "Bila kita susah..ingat, ada yang lagi susah dari kita. Bila kita sakit, ingat ada yang lagi sakit dari kita. Dan selalulah ingat Allah takkan menduga Umatnya kalau DIA tahu kita tak boleh menanggung bebannya." XOXO



0 comments:

Post a Comment