Friday 22 November 2013

Cabaran Seorang Pelajar Kaunseling . . . *Kau Apa Tahu

Masa menaip ; 1:36 A.M.

  Itulah masa yang yang dianggap oleh pelajar biasa macam aku yang dipanggil MALAM MASIH MUDA. Aku pun tak tahu la kenapa aku jadi macam ni sejak duduk kat Shah Alam ni. Selalu balik lambat sampai lewat malam laaa, selalu keluar shopping laaa, keluar jalan-jalan laaa, tidur lambat la bagai nye nye punn. Dulu kat kampung aku jarang keluar rumah selepas pukul 6 petang. Ye laaa. Kalau dah Ayah kau tu pentingkan punctuality mana taknya. "Ayah tak kisah kalau kau nak keluar. Tapi SHARP pukul 6 kene ada kat rumah. Kalau tak Ayah mangga pagar. Kau tidur la kat luar tu. (Ouhh, pasti anda ingat Ayahannda Beta tentera kan? Sebenarnya tak.. dia saja nak bagi anak dia disiplin sikit ~ ) Tapi bila berjauhan dengan Ayahanda Bonda ni takde yang nak melarang membebel bagai. Rindu pulak ngan Ayah ngan Mama titeww ~

  Back to the topic babeh ! Cabaran sebagai seorang pelajar ni sebenarnya amat laaaaaaa BERAT. Belum start belajar dah kene fikir hutang. Hutang apalagi kalau bukan hutang MARA, PTPTN bagai tu. Lagi bagus orang dulu-dulu. Jual tanah kalau nak belajar. Biaq derita sekarang tapi senang kemudian. Ye dakk. Muda2 seusia 18 tahun dan berhutang. Haduiiii ! Tak habis fikir hutang, kene fikir pelajaran pulak. Kene fikir pasal assignment laaa bagai. Aku ni yang ambik Diploma in Counseling and Guidance lagi la seksa !! Baru2 ni aku kene buat satu assignment Counseling Lab 1 dimana kene cari 5 orang client untuk share masalah diaorg. Kau faham tak... 5 ORANG CLIENT YANG SUDI SHARE MASALAH DIAORG ! Mana nak cari hoiii ! Ditambah lagi kene buat video. Lagi orang tak nak. Malu kalau orang tahu masalah dia. Deme ni sebenarnya tak tahu yang bila kita buat video tu sebagai bukti untuk assignment tu. Dan ianya PRIVATE AND CONFIDENTIAL ! Takde maknanya nak tunjuk aib orang kat orang lain. Tapi orang still tak faham dan tak mahu faham. Tu susah bila kau amik Counseling ni. Orang takut nak buat jahat dengan kita. Takut kene kaunseling. Haihhh. Payah hidup dikk kalau takde keberanian ni.

  Tapi itulah, bila kau jadi counselor kau asyik dengar masalah orang. Masalah kau takde yang sudi nak dengar. Nanti kalau kita share masalah pun deme akan balas, 'Eh kau kan counselor. Takkan tak boleh selesaikan masalah sendiri.' Wai seyhh luuuuuu ! Cakap senang. Cuba duduk kat kasut aku ni. Rasa sendiri baru tahu deritanya. Ni baru jadi pelajar dikk. Belum jadi counselor betul2 lagi ! Sebenarnya, career counseling ni adalah charity job. Tak ambik untung pun. Banyak nak menolong orang je pun. Tapi itulah hakikatnya . . .  XOXO



Sunday 17 November 2013

Is It New Sem New Life . . . Atau Sekadar Kata Kata ?

Ouh rakyat-rakyat Beta sekalian !!! Ampunkan beta yang dah terlupa akan kewujudan anda dan blog ini. Al maklum laa... Nokia 3310 dah tukar kepada yang lebih canggih. Dah lama beta tak jenguk ke dalam blog yang serba warna-warni kehidupan ni. Yela Beta terlalu leka dengan handphone baru. Nak install blog ni tak boleh. Terlalu berat dan keypad nya pulak tiny tiny belaka. Haihhhhhhh


    Moh le kita bercerita sikit tentang tajuk kita. Kali ni aku dah habis cuti sem. Walaupun tak sampai sebulan cuti tapi masih dalam mood cuti ni sebenarnya. Hewhewhew...  Bila dah naik cuti ni masing-masing dah start sibuk dah... Mula2 tu semua dok sibuk beratur panjang nak register ni bagai. Boleh dikatakan jammed satu Account Department. Tapi aku kali ni dah settle awal siap-siap. Serik dah nak beratur panjang macam Sem-sem lepas. AND plusss.. Dengan ini saya mengumumkan bahawa saya dan masuk SEMESTAR 4 !!! Alhamdulillah jugak. Aku punya result Sem lepas sangat sangat memberangsangkan. Pointer semakin naik. So no no grounded anymore babeh !! Tapi macam biasa laaaaa...... Single as usual. No boyfriend until now ! Apa ni Tia ! Ex kau pun dah ada awek ! Kau still kat la tu gakk !! Go get someone Tia !!! Hahahaha. Itu la yang kawan2 aku dok melalak kat telinga aku ni. Ya alamak ! Single lagi la takde masalah macam kau ! Asyik gaduh ngan BF pastu nangis nangis cari lengan aku yang gemuk ni gak ! Hahahaha.

   Okay. Bila cakap new sem ni mesti semua orang yang bermasalah akan cakap new sem new life. Tapi bila kau balik dari cuti sem masalah kau bukannya hilang pun. Makin bertambah adalah. Tapi setiap Sem ni.. Ikut experience aku laaaaaaaaaa. . . Kau hilang kawan kau jumpa kawan baru, kau hilang awek dapat awek baru. Ehh. Hahahaha. Itu idokk le kalau kita setia-metia dengan dia. Trust each other that is the important one. Tapi kalau kawan ni pun sama. Trust no one. Trust your mom je cukup. New sem aku ni tak boleh dikatakan sekadar kata-kata kerana setiap sem aku dipenuhi dengan pelbagai pengalaman yang baru-baru dan segar-segar belaka. Ehh. Kau ingat ni pasar ikan ye. Baru dan segar bagai. -__-'' New sem is not new life jugak sebenarnya. Masalah yang lama jugak datang mengejar kita tanpa atau kita dah sedari. Plusss kita kena menghadap buku jugak. Beli buku la, print notes bagai. Project paper lagi. Aduhhhh ! Naik balik blood pressure aku ! Apa-apa pun all the best and good luck untuk semua dalam menghadapi Sem baru. Yang penting pointer jangan turun. Tingkatkan pointer sendiri, kurangkan bercakap tentang buah hati dan berdiri di atas usaha sendiri. . .  XOXO