Wednesday 23 October 2013

Peneman Tidur Teddy Bear, Barbie . . . Atau Ipad ?

Bila blogging malam2 macam ni baru la sedap sikit. Takde yang ngacaunya...ye dakk ! Sekarang ni tuan puteri cuti sem lagi. Tapi 2 minggu dari sekarang, dah nak balik emesyu unggul nama mu itu. Haihhh. Tak habis lagi feeling holiday tu dah kena balik sana dah. Hauuuu T~T

   Post kali ni nak cerita tentang teman tidur kita masa kecil dulu. Kecik2 dulu.. Kalau imbas kembali, kita time tu mesti tido dengan Mak Ayah lagi kan. Maklum la..takut nak tido sorang2. Aku pun macam tu jugak. Sampai Darjah 6 still tidur tengah2 between Mama ngan Ayah. Well anak manja la katakan. The most lovely princess among others ~ Kalau ada yang tido sorang tu memang tabik springgg la ! Kecil2 dah berani dah tido sorang. Dulu aku tak boleh tido sorang. Takut. Dulu ada abang sedara selalu takutkan. Cakap.." haaa...ada MOMOK ! Tak tau..nanti dia kejar baru tau ! '' Lepas tu.. lama2 aku dah berani tido sorang. Hanya bertemankan bantal. Aku tak macam budak2 lain. Dia orang semua ada kawan tido. Sape lagi kalau bukan Mr. Teddy Bear... Miss Barbie... kalau lelaki confirm Mr. Ultraman. Tak pun Power Rangers atau Gundam tu semua. Masa kecik2 dulu aku ngan Kakak kurang teddy bear ni bagai. Sebab kitaorang memang ganas ! So kawan peluk aku ngan Kakak cumalah sebiji bantal. Aku tak pernah ada anak patung tu semua. JARANG ADA. Sebab aku jenis yang ganas. Masa main aku banyak di luar berbanding di dalam rumah. Dulu permainan aku hanyalah parit, tanah dan pasir, tangkap berudu. Panjat pokok , main hujan tu semua hobi aku. Kalau main masak2..tak pakai kuali cik adik. Pakai api betul. Masak pasir basah atas zink ! KAU ADA ???

   Tapi itu cerita 90-an punya budak. Yang budak2 zaman Millenium ni... nak jadi apa ?! Teddy Bear, Barbie ke Ultraman ke memang tak cukup ! Dah berbakul-bakul permainan kat rumah pun still... minta yang lain ! Kemain budak2 sekarang. Mak Ayah pun ikut je apa anak nak. Kalau tak ikut nanti mengamuk si Anak satu kedai habis berantakan ! Gitu. Lepas tu lahir pulak generasi baru. Kecik2 dah pandai main ngan Tablet. Nak Iphongg..takmo cikai punya. Dah tak nak dah main kat padang. Duk memerap dalam bilik main Farmville la.. Kendi Kerushh laa. Dah tak nak campur dengan sepupu sepapat. Dah pandai anti-sosial. Dah pandai dah ber-IT ni bagai. Kalau takde ipad kat tangan tak mau tido. Sepak kang sorang2 sat lagi ni kang !!  Maju serba canggih. Tapi yang sakit ? Siapa ? Mak Ayah yang merana. Kadang2 sampai ikat perut nak menyimpan duit nak menyuakan anak dengan teknologi canggih manggih ni. Bebudak zaman sekarang tak tahu.. Barang makin tinggi tapi gaji Mak Ayah tak naik2 lagi. Kesian deme. Rasanya Mak Ayah tu lagi sanggup anak dia main kotor2 tanah dari minta yang bukan2. Tapi itulah manusia. Berubah-ubah mengikut zaman. . . XOXO



0 comments:

Post a Comment